ad ld

Sunday, November 10, 2013

Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Fizo Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim. Majlis pernikahan pasangan itu telah berlangsung dalam suasana meriah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad. Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.


Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506. Dalam pada itu, Fizo ketika ditemui berkata, dia sangat bersyukur telah selamat bergelar suami kepada Mawar dan mengharapkan perjalanan hidupnya lebih teratur dan diberkati selepas ini.

"Saya sangat bersyukur kerana kini sah bergelar suami. Ini adalah satu permulaan baharu dalam kehidupan saya," katanya. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28 dan Mawar, 24, terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu iaitu sehari sebelum mereka bernikah.

Terdahulu Fizo pada 28 Oktober lalu telah melamar Mawar di sebuah panggung wayang sambil disaksikan oleh pihak media. Kejutan itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan itu.

Sementara itu, pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh buah dulang hantaran kepada pengantin perempuan iaitu mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, sebuah motosikal dan jongkong emas seberat 1.011 kilogram. Manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang iaitu tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, dua buah naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal MF120, topi keledar dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media. Menariknya mengenai majlis berkenaan, sebanyak lapan selebriti lelaki terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari, Karl Shafek dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran daripada pihak lelaki. Selain itu rombongan pengantin lelaki turut diiringi dengan konvoi 30 buah motosikal berkuasa tinggi. mstar

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

No comments: