ad ld

Friday, November 15, 2013

Restoran Nasi Ganja Ipoh Diarah Tutup Pejabat Kesihatan (Gambar)

Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan. Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai Khamis sehingga 28 November.


Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11,  kedua-duanya sekali. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. bernama

-- Gambar Anak Kedua Marion Caunter Dan SM Nasaruddin
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

No comments: