ad ld

Wednesday, May 16, 2012

Nombor WWW Terima 18243 Bidaan

Populariti nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' terserlah apabila ia mencatat rekod baharu apabila menerima 18,243 bidaan sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari kelmarin.

Jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding rekod 4,750 bidaan tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran kenderaan siri 'WVW'.
Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) difahamkan masih bertungkus-lumus memproses serta menganalisis kesemua bidaan yang diterima berdasarkan empat kategori iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui jumlah bidaan itu di luar jangkaan serta mengejutkan mereka. kosmo

-- Yazid Burger Seksyen 7 Shah Alam Burger YB Yang Besar
-- Gambar Fasha Sandha Dan Jejai Bulan Madu Di Pulau Redang

No comments: