ad ld

Friday, May 11, 2012

Loji Pemprosesan Gas Petronas Terbakar, 1 Maut 9 Cedera

Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di Dungun, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun. Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan. mstar

-- (Gambar) Loji Minyak Petronas Kerteh Terbakar
-- Nak Terjun Jambatan Pulau Pinang, Putus Cinta

No comments: