ad ld

Friday, September 9, 2011

Top Up Handphone Kena Caj 6% Mulai 15 September 2011

Lps ni beli top up RM10, uols kna bayar RM10.60 mulai 15.9.11 krn cukai perkhidmatan 6% ini. Kalu guna RM100 sebulan? Lu pikir la sndri..huhu.

- Pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini. Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. kosmo

3 comments:

kurus said...

cepat2 tukar pakai line lah dikk :))

GREENJADE said...

aiyoo pakai post-paid pun mcm2 charge...pre-paid pon charge...byk benor service tax kat mesia nih..uhuhu

Anonymous said...

x yah pakai apa2 la pasni.. uhuk..uhuk..