ad ld

Sunday, September 4, 2011

(Gambar) Noramfaizul Jurukamera Mati Kena Peluru Sesat Di Somalia

Takziah utk keluarga arwah Noramfaizul yg mati kena peluru sesat di Somalia, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.


Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.

“Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera. kosmo

-- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya
--Keluarga Allahyarham Noramfaizul Dapat Pampasan RM200,000
-- Video Rompak Kedai Mamak Shah Alam 28.8.11 4 pagi

3 comments:

Adlina Husaini said...

adui belubang beso tu...

Blog Berita Online said...

al-fatihah. semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

ieda said...

aduhh peluru tuu dari atas ke .. akak bayangkan dari tepi tembus ke dlm bdn dia .. huhuhu

takziah buat keluarga arwah ..