ad ld

Wednesday, September 21, 2011

Gambar Datuk Awang Jabar Maut Kemalangan di Km 26 Jln K Terengganu Kemaman Dungun

Tgk berita TV3 kemalangan maut Datuk Awang Jabar, bekas S/U KBS slps Mercedes bertembung dgn Alza pelancong Yemen di Dungun. 2 maut dan 6 cedera. Takziah utk keluarga arwah Datuk Awang.



- Hasrat bekas Ahli Parlimen Dungun, Datuk Awang Jabar untuk menghadiri sebuah majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan semalam. Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, kereta dinaiki Awang bertembung dengan sebuah kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki enam pelancong warga Yemen di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman dekat Kampung Alor Tumang.

Awang, 66, yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (1984 hingga 1990) meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Turut terkorban ialah seorang pelancong Yemen, Nesmah Nabil Abdul Karem, 25.

Sementara itu, lima lagi penumpang MPV terbabit cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini manakala pemandu Awang, Abdul Razak, 67, hanya cedera di muka. Warga asing yang parah dikenali sebagai Muhamad Mazan Jamal, Muhamad Hassan, Muhamad, Najda dan Fairus. Masing-masing berusia lingkungan 20-an dan 30-an.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki enam pelancong Yemen itu cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki Awang dan pemandunya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, mangsa dijadualkan menghadiri satu majlis pemimpin bersama masyarakat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang turut dihadiri Muhyiddin di Dungun pada pagi semalam. kosmo

-- Video Rompak Kedai Mamak Shah Alam 28.8.11 4 pagi
-- Gambar Pernikahan Faezah Elai Dan Heykal Hanafiah
-- (Gambar) Kris Dayanti Dan Raul Dpt Anak Perempuan

4 comments:

ieda said...

alfatihah buat arwah ..

Ena said...

nasib baik la blog akak ni suka apdet berita2 gini.. kalo tak memg ena tak tahu la kak sbb ena jrang tgk berita sbb anak2 konker astro channel kartun tu.. uhuhuhu...

anyss said...

Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.

MamaFaMi said...

Innalillahi wa inna illaihi raaji'un. Semoga roh Allahyarham tenang di persemadian. Takziah buat keluarga semua mangsa.