ad ld

Thursday, February 19, 2015

Video Isis Malaysia 69 Gambar Nora Danish Dua Pelajar IPT Ditahan (Gambar)

Polis telah menahan dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) kerana memuat naik video berbaur provokasi di media sosial kerana mempertikaikan ketelusan sistem kehakiman di negara ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua penuntut IPTA yang ditahan itu merupakan mahasiswa daripada Unisel dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mereka telah ditahan pada Selasa dan akan direman. Beliau berkata demikian di akaun Twitter miliknya, pada Rabu.

Pada Ahad, sebuah klip video berdurasi satu minit dimuat naik dalam akaun Youtube 'Isis Malaysia 69'. Salah seorang daripada empat lelaki mengisytiharkan bahawa tindakan mereka itu sebagai memberi isyarat awal protes mereka terhadap sistem demokrasi yang dikatakan telah rosak.

Ahli kumpulan itu juga dilihat mengacukan koktel Molotov manakala tiga botol bom tersebut disusun di atas meja di hadapan mereka dengan bendera Malaysia telah digantung di bahagian belakang. Walaupun tidak menyatakan apa yang telah mencetuskan kemarahan mereka, salah seorang daripada empat lelaki mengisytiharkan bahawa tindakan mereka sebagai memberi isyarat awal protes mereka terhadap kerosakan demokrasi.

"Kepada mana-mana parti yang telah terlalu lama memerintah, kami Anak Muda Malaysia tahun 2015, dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini, menggunakan demokrasi, hari ini kami mengisytiharkan kami tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi.

"Andalah yang membentuk kami. Kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda. Untuk permulaan, sesuai dengan kemampuan permulaan kami terhadap ketidakpercayaan kepada demokrasi ini, kami akan melakukan satu aksi bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah pada 18 Februari 2015 jam 11.30 malam.

"Kami akan membakar mercun di mahkamah simbolik kepada kehancuran sebahagian alat dalam sistem demokrasi. Kami baru bermula dan akan pergi lebih jauh. Semakin rosak demokrasi yang anda musnahkan, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang," kata seorang lelaki yang duduk sambil memegang gambar pelakon Nora Danish.

Bagaimanapun mereka tidak menyatakan mahkamah yang akan menjadi sasaran mereka. Mereka kemudian mengakhiri amaran mereka dengan perkataan kesat. mstar

-- Gambar Sekitar Pengkebumian Tok Guru Nik Aziz
-- Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
-- Isteri Hisyam Hamid Kini Bertudung (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

No comments: