ad ld

Showing posts with label harga petrol terkini. Show all posts
Showing posts with label harga petrol terkini. Show all posts

Wednesday, November 1, 2017

Harga Petrol Terkini Naik Lagi 2 Nov

Harga petrol Ron95 dan Ron97 naik lagi menjadi RM2.24 dan RM2.54 mulai tengah malam ni 12.01am 2 Nov 2017.

Diesel dengan harga RM2.17 seliter. Tadi nampak dah ramai beratur kat stesen minyak. X join ke uolls?

Wednesday, October 25, 2017

Harga Minyak Ron 95 Dan Ron 97 Naik Lagi 3 Sen Diesel Naik 2 Sen

Harga minyak naik lagi minggu ni beb, walaupun 3 sen je katanya tapi agak ketara juga perbezaan dalam penggunaan harian terutama golongan yang berulang alik ke tempat kerja yg agak jauh. Mulai malam ni 12.01am 26/10/17, Ron 95 dan Ron 97 naik 3 sen manakala diesel pula naik 2 sen.

Uolls yang dekat dengan stesen minyak tu boleh la isi full tank sambil2 lalu kan hehe.. Esok mungkin ramai yang agak behave memandu kan, minyak mahal katakan hikhik..

Tuesday, February 1, 2011

Harga Petrol RON 97 Naik 10sen Kpd RM2.50 Seliter Mulai 1.2.11

Salam.. Uols dh isi full tank ke petrol semlm? Harga RON 97 naik 10sen beb, jd RM2.50 seliter mulai hr ni.. Tp klu pakai RON 95 xde hal, still harga lama..

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti. Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter. utusan