ad ld

Friday, March 15, 2019

Ranking Sekolah Berasrama Penuh SBP SPM 2018

RANKING BOARDING SCHOOLs
Gred Purata Sekolah (GPS)

1. KOLEJ YAYASAN SAAD 1.24
2. STF 1.31
3 SSP 1.32
4 SASER 1.36
5 ASIS 1.43
6 INTERGOMB 1.43
7 TKC 1.43
8 KISAS 1.44
9 MRSMTGB 1.48
10 SAKTI 1.49

Tuesday, March 12, 2019

Hasil Sebulan Pakai Sophie Rose Treatment Mousse Foundation (Gambar)

Cukup je sebulan pakai SR foundation terus hantar report. Dah cantik la kata kan 😄...
Ada juga a few yg mula2 pakai naik jerawat, biasa ksue mtk truskan pakai sbb apabila kita tukar product baru kadang2 timbul early reaction untuk produk baru adapt dgn skin kita. Biasa efek ni akn hilang dalam tempoh 2-4 minggu.


Biasa la nak cantik mesti mau sabar maa 😁.
Yang bestnya 1 bekas foundation yg comel, cute cinonet ni dah pakai sebulan pun still ada separuh lg. Padahal hentam pakai 2 3 kali sehari. Kan jimat tu 😍 
Jom bli segera di www.wasap.my/60169321615

#sophierosefoundation #sophierosefacialsoap #flawless #glowing #arganoil

Friday, March 8, 2019

Dia Menantu Rahsia Episod Akhir Sinopsis

Berakhir sudah drama akasia tv3 Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim, Risharizrose, Wilma Muhammad, Mona Allen.


Mellisa kembali ke rumah utk menyambut kepulangan Syakir dri Kazakhstan tanpa menyedari ibu Syak berada dlm rumah itu. Zamer turut memerhati gerak geri Lisa dan menceroboh masuk rumah. Zamer tertembak Lisa yg cuba lindungi ibu Syak.

Thursday, March 7, 2019

Kembar Dan Kakak Hanim

Scroll album nampak gambar ni. Zaman kanak2 riang ni kiut miut cinonet lagi. Sekarang dah besar, cepatnya masa berlalu. Dulu aktiviti hari cuti macam ni lah, ukur jalan sekitar sungai petani. Cuti dua hari habis dijajah Giant, Tesco, Central Square, Sp Plaza.


Ni dekat Amanjaya Mall. Masa tu tempat baru rasmi lagi.


Dah banyak bakar kalori menapak satu mall kan, masa utk makan la plak hehehe.
Sayang anak-anak mama.

Wednesday, March 6, 2019

Luke Perry Meninggal Dunia Di Usia 52 Kerana Strok (Gambar)

Remaja purba sekarang yg zaman sekolah menengah 90an mesti tahu Beverly Hills 90210 kan. Hrini pujaan ramai masa tu, Luke Perry meninggal dunia. Mula2 tahu pg td, agak terkejut juga serentak moment2 30tahun lalu menjelma.


Moment bersama kwn2 sekolah, tulisan baju, buku, alat tulis, slogan xtvt and many more.
Secara tak langsung, sedar diri ini juga tidak semuda dulu lg uolls. Remaja purba katakan huhu..

-- Pelakon terkemuka yang membintangi siri televisyen Beverly Hilss, 90210 iaitu Luke Perry menghembuskan nafas terakhirnya ekoran strok. Luke yang dimasukkan ke hospital minggu lalu, meninggal dunia di hadapan tunangnya, dua anaknya, bekas isterinya, ibu bapanya, adik beradik dan ahli keluarga terdekat. "Keluarganya menghargai segala sokongan dan doa yang dicurahkan kepada Luke dari seluruh dunia dan secara hormatnya, meminta ruang untuk berkabung," kata ejen Luke, Arnold Robinson. -AFP

Monday, March 4, 2019

Sophie Rose Treatment Mousse Foundation

Foundation yg sangat2 ringan, mudah disapu dan tidak bercapuk.
Boleh melembapkan kulit kering & memberi effect matte utk kulit berminyak.
Pemakaian secara berterusan blh memulihkan kulit wajah terutama jerawat, jeragat & kulit kusam dgn bahan2 aktif seperti sheabutter, collagen, argan oil, beeswax, vitamin E, propolis extract, sea cucumber extract dan virgin coconut oil.


Inshaa Allah sgt2 berbaloi dgn nilai wang anda. Klik je www.wasap.my/60169321615


Jom try ni uolls. Sophie Rose Treatment Mousse Foundation, Sophie Rose Facial Soap. Cun beb.

Saturday, March 2, 2019

Keputusan Pilihanraya Kecil Semenyih

Keputusan PRK Semenyih 2 Mac 2019

Calon BN Zakaria Hanafi mendapat undi 19780.

Calon PH Muhammad Aiman Zainali 17866 undi.

BN menang majoriti 1914 undi.

Tuesday, January 8, 2019

Pengganti Yang Di Pertuan Agong 15 Diketahui 24 Januari

Ketua negara baharu Malaysia akan diketahui pada 24 Januari ini selepas Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 daripada kalangan raja-raja Melayu. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu itu dilakukan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Isnin.

Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V Letak Jawatan

Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Peletakan jawatan yang berkuatkuasa pada Ahad itu disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.


Friday, January 4, 2019

Tempahan Perodua Aruz Dibuka (Gambar Dan Spesifikasi)

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini membuka tempahan untuk model terbaharunya, Perodua Aruz, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.



Majlis Pernikahan Elfira Loy Dan Faris Anuar

Tahniah utk pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris Anuar. Pernikahan ini memberi kebahagiaan baru kepada Elfira selepas putus tunang dengan Sufian Suhaimi. Jom tengok gambar sekitar pernikahan mereka.



Thursday, December 20, 2018

Seribu Rindu Episod Akhir

Drama Seribu Rindu episod akhir menemui penonton pukul 7 malam 19 Disember 2018. Tokma Maisarah meninggal dunia ketika tido. Sarah menelefon Irfan maklumkan berita sedih itu. Irfan pula bgtau Husin ayah Sarah.

Airel dpt tahu melalui grup whatsapp alumni mereka. Dlm masa yg sama, Damia isteri Airel mendapat keputusan ujian DNA mengesahkan bayi dilahirkannya sah anak Airel.

Irfan dan Husin balik kg utk menguruskan jenazah Tokma. Airel juga mengambil cuti dan pergi ke kg Sarah. Mereka bertiga bertemu di perkuburan.

Irfan dan Sarah bergaduh lg tapi akhirnya saling bermaafan. Airel pula berkahwin semula dgn Damia. Mereka meneruskan kehidupan bersama pasangan masing2 dan diceriakan lg dgn kehadiran cahaya mata.

#seriburindu #zulariffin #fadlan #tv3 #dramatv3

Saturday, December 8, 2018

Gambar Sekitar Himpunan 812 ICERD

Majlis Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD berlangsung 8 Disember 2018 di lokasi tumpuan ibu kota Kuala Lumpur.




Antara gambar2 sekitar perarakan itu.






Dilaporkan ratusan ribu yg menyertai perhimpunan tersebut.

Wednesday, December 5, 2018

Kelantan Cuti Peristiwa 9 Disember 2018

*KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN*

*PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI KELANTAN PADA 9 DISEMBER 2018*

Sempena dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut. Berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri dan keluarga.

InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa.

*YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB*
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Awal 1440H/5 Disember 2018

Wednesday, November 21, 2018

Keputusan UPSR 2018 diumumkan 29 Nov Betul Ke?

Ya, terkejut ker uolls? Biasanya keputusan UPSR diumumkan sebelum cuti sekolah tapi tahun 2018 ni lain sikit lah. 29 November keputusan upsr 2018 diumumkan, lbh kurang seminggu lps bermula cuti sekolah. Rare kan. Tengok sini.

Bagi negeri Kedah, Kelantan, Johor hari terakhir persekolahan 2018 adalah 22 Nov 18. So agak ramai lah parents yg cuti, siap mental fizikal agaknya la hri tu kan. Nk tgk result anak, family first katakan. Tup2 kuar statement yg 29/11/18 baru release derrrr.. Apa boleh buat? Redha je lah..

Tuesday, November 20, 2018

Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza 5 Zamani Ketiga

Gegar Vaganza 5 GV5 berakhir slps 8 minggu bersiaran langsung di Astro Ria setiap Ahad 9 malam. Noryn Aziz juara Gegar Vaganza 5 mengatasi Dia Fadila naib juara. Peserta favourite kesukaan ramai legend Zamani Slam di tempat ketiga.


Noryn Aziz selaku johan meraih hadiah wang tunai RM100 ribu, naib johan Dhia Fadila mendapat RM50 ribu dan Zamani pula RM30 ribu.

Ratu Dangdut Amalina di tempat ke 4 meraih RM20 ribu, Maya Matahari mendapat RM15 ribu utk tempat ke 5. Billy Zulkarnain pula di tempat ke 6 mendapat RM10 ribu.
Gegar Vaganza setiap tahun bagai ada kontroversi tersendiri. GV4 menyaksikan perang Instagram antara Aishah juara GV4 dan Dato Seri Vida DSV selaku penaja GV 2017. Tahun ini pula Dato Alif Shukri D'herbs penaja GV5 tidak puas hati dgn layanan diterima semasa konsert final Gegar Vaganva 2018. Uolls yg ada byk masa lapang, internet laju blh la follow up kronologi 'penting' ni di I.G dan fb masing2 😉. Peace my friends ✌😎

Sunday, October 14, 2018

Saleem Iklim Meninggal Dunia Di HUKM

Penyanyi terkenal Saleem Iklim meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 6 pagi ini.

Saleem atau nama sebenar A.M Saleem Abdul Majeed berusia 57 tahun. Jenazahnya dijangka dibawa ke Surau As-Syakirin, Bukit Mahkota, Cheras untuk diuruskan. Allahyarham Saleem yg popular bersama Kumpulan Iklim menerusi lagu Suci Dalam Debu dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pd 21 September 2018 kerana patah tulang rusuk.
Perginya Saleem menghadap Ilahi pastinya dirindui ribuan peminat yg membesar bersama lagu2 indah alunan suara emas Saleem. Takziah untuk keluarga arwah Saleem. Al Fatihah.

Keputusan PRK Port Dickson Anwar Ibrahim Menang Besar

Pilihanraya kecil Port Dickson P132 yg berlangsung 13 Oktober 2018 Sabtu kelmarin memberikan kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi calon PAS dan beberapa calon bebas seperti Saiful Bukhari dan Tan Sri Isa Samad bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim DSAI memperoleh undi sebanyak 31,061, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mendapat 7456 undi dan Tan Sri Isa Samad pula 4230 undi. Calon bebas selain Isa hanya dapat beberapa ratus undi sahaja. Semua calon bebas termasuk Isa Samad juga hilang wang deposit.
Walaupun bilangan keluar mengundi sekadar sekitar 58%, tapi majoriti kemenangan pakatan harapan meningkat dengan jumlah 23,560 undi berbanding sekitar 18,000 undi pada PRU 14 yg lalu.

Sunday, August 12, 2018

Puasa Sunat Di Bulan Zulhijjah

Tarikh Penting Bulan Ini

13/8/2018 = 1 Zulhijjah 1439H
(Isnin)
(Bermula sunat berpuasa di bulan Zulhijjah).
Banyakkan amal kebaikan 10 hari pertama termasuk puasa 9 hari di awal Zulhijjah (bg org yg tidak wuquf di Àrafah)

“Tiada amal yg soleh yg dilakukan pd hari² lain yg lebih disukai drpd hari² ini (sepuluh hari pertama dlm bulan Dzulhijjah).”
(HR. al-Bukhari)

Wednesday, August 8, 2018

BSHR (BR1M) Dibayar Mulai 15 Ogos 2018 Sebelum Aidiladha

Bantuan Sara Hidup Rakyat BSHR dibayar mulai 15 Ogos 2018 berdasarkan makluman terkini di portal Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pembayaran fasa 3 ini tentunya menggembirakan orang ramai terutamanya dalam membuat persiapan menyambut Aidil Adha @ Raya Haji.