ad ld

Sunday, October 14, 2018

Saleem Iklim Meninggal Dunia Di HUKM

Penyanyi terkenal Saleem Iklim meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 6 pagi ini.

Saleem atau nama sebenar A.M Saleem Abdul Majeed berusia 57 tahun. Jenazahnya dijangka dibawa ke Surau As-Syakirin, Bukit Mahkota, Cheras untuk diuruskan. Allahyarham Saleem yg popular bersama Kumpulan Iklim menerusi lagu Suci Dalam Debu dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pd 21 September 2018 kerana patah tulang rusuk.
Perginya Saleem menghadap Ilahi pastinya dirindui ribuan peminat yg membesar bersama lagu2 indah alunan suara emas Saleem. Takziah untuk keluarga arwah Saleem. Al Fatihah.

No comments: