ad ld

Sunday, October 14, 2018

Keputusan PRK Port Dickson Anwar Ibrahim Menang Besar

Pilihanraya kecil Port Dickson P132 yg berlangsung 13 Oktober 2018 Sabtu kelmarin memberikan kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi calon PAS dan beberapa calon bebas seperti Saiful Bukhari dan Tan Sri Isa Samad bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim DSAI memperoleh undi sebanyak 31,061, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mendapat 7456 undi dan Tan Sri Isa Samad pula 4230 undi. Calon bebas selain Isa hanya dapat beberapa ratus undi sahaja. Semua calon bebas termasuk Isa Samad juga hilang wang deposit.
Walaupun bilangan keluar mengundi sekadar sekitar 58%, tapi majoriti kemenangan pakatan harapan meningkat dengan jumlah 23,560 undi berbanding sekitar 18,000 undi pada PRU 14 yg lalu.

No comments: