ad ld

Saturday, May 2, 2015

Pelajar Pintar Malaysia Di UK Dipenjara 5 Tahun Miliki 30Ribu Gambar Lucah Dan Video Kanak-Kanak

Pelajar Malaysia berusia 23 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah British kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak.

Nor Nordin yang tiba di United Kingdom pada 2014 selepas memenangi biasiswa untuk belajar di Imperial College dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Southwark Crown Court, Khamis untuk sejumlah 13 kesalahan.

Kesalahan-kesalahannya, seperti yang dilaporkan dalam media British, termasuklah memiliki imej tidak senonoh dan video bawah umur, dan 'berniat untuk mengedarkan bahan tersebut'. Akhbar British melaporkan bahawa Nor Nordin telah ditangkap dalam satu serbuan di rumahnya di Queensborough Terrace, London pada 20 November tahun lalu yang menyimpan 600 video dan foto 'Kategori A'.

Kategori A' digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa pegawai penyiasat kes itu, Detektif Konstable Sara Keane dari Unit Jenayah Serius Metropolitan berkata Nur Nordin juga terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran gambar dan video. Nor Nordin terlibat dalam membuat dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang pernah dilihat oleh pegawai-pegawai yang bekerja dalam bidang ini," katanya.mstar

-- Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Di Istana Nurul Iman (Gambar)
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak
-- Budak 4 Tahun Mati Disyaki Didera Di Pusat Jagaan
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)

No comments: