Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada
pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali. Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu
pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan
penyanyi itu dilaporkan stabil.
