ad ld

Friday, July 4, 2014

Kereta Perisai ATM Terbalik Di Kuala Kangsar 2 Anggota Tentera Maut (Gambar)

Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar.


Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis. Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.

Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah. "Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.


Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. mstar

-- Diplomat Malaysia Hadapi Tuduhan Serangan Seksual Di New Zealand (Gambar)
-- (Gambar) Kemalangan Ngeri 5 Maut Kereta Wira Bertembung Trak Tentera Di Km 19.6 Jln Pantai Kg Tembok Port Dickson N. Sembilan
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Gambar Fauziah Ghouse Dan Iqram Kemalangan, Kereta Remuk