Satu
operasi besar-besaran di udara dan laut diadakan bagi memburu kumpulan
lelaki bersenjata warga Filipina yang mungkin menculik seorang anggota
polis marin berpangkat konstabel, dengan semua laluan keluar untuk
melarikan diri dari Semporna disekat.
Menurut
sumber, bot peronda dari pelbagai pasukan keselamatan termasuk
helikopter tentera laut mengawasi kawasan Semporna di mana berlakunya
seorang anggota polis marin berpangkat koperal berusia 32 tahun ditembak
mati.
