ad ld

Tuesday, May 7, 2013

Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob

Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan dan melantik timbalannya Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Ini merupakan satu kejutan terutama bagi rakyat Kelantan dan khasnya ahli PAS sendiri. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz sangat disanjung dan dihormati di Kelantan bukan sahaja kerana ilmu agamanya yg tinggi bahkan cara hidup sederhana amalan beliau. Pimpinan TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun ini berakhir dgn melepaskan jawatan tersebut atas faktor usia dan kesihatan.


Menteri Besar Kelantan yang baru iaitu Datuk Ahmad Yakob adalah Adun Pasir Pekan dan telah jalani angkat sumpah sbg MB baru semalam di Istana Kubang Kerian. Barisan exco-exco baru juga telah dilantik tetapi pemimpin kanan Dato Husam Musa digugurkan dari senarai exco.

Penguguran Dato Husam Musa juga boleh dikatakan satu kejutan kerana Dato Husam Musa individu kedua paling femes di Kelantan slps Tuan Guru Nik Aziz di kalangan ahli PAS.

Apapun, perubahan yg agak banyak berlaku hasil PRU 13 di seluruh Malaysia ini bakal mewarnai senario politik negara sekurang kurangnya untuk tempoh 5 tahun akan datang. Semoga Malaysia terus aman, harmoni dan rakyat dapat jalani kehidupan dgn lebih bahagia.

-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
-- Keputusan PRU 13 Kedah Mukhriz Menteri Besar Kedah
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)

1 comment:

A D I A said...

Husam dengar kata tak diperkenan Sultan ye untuknjadi MB. takpe yang MB dipilih pun dah bagus.