ad ld

Monday, May 13, 2013

Balik Kampung Berpantang

Ni baru nak citer kronologi balik kampung untuk berpantang hari tu, chewahh kronologi la sangat kan..huhu. Sebenarnya balik lepas 2 minggu bersalin sebab duk main masuk keluar klinik - hospital check jaundice my twins Husna dan Hanis tu beb. Hanim dulu seminggu je ada jaundice, twins ni lama skit.


Bertolak petang around 3pm, lewat sbb tunggu result check fungsi hati twins dari hospital. Ekceli doktor ambik sampel darah utk check tu sbb masa Hanis kena admit ward jaundice cecah 323. Doktor kata akan call sebaik dapat result. Alhamdulillah lps 2 jam, doktor call cakap everything just fine ok je. Ya Allah lega sangat masa tu.


My En Ery ni kata hari ni drive slow slow je dalam 6 jam sampai la kampung. Pemanduan berhemah hari ni katanya. huhu. Ye sangat la tu dari Sg Petani ke Tasik Banding Grik sejam lbh je dia drive, mintak2 xde speed trap la. Rehat jap di Hentian Puncak Titiwangsa, sembahyang dan sempat gak beli pau yg sedap kt situ. Pastu teruskan perjalanan dan selamat sampai kampung tercinta kul 8 mlm cun cun 5 jam. Alhamdulillah.

-- Hanim Dan Adik Adik Kembarnya Di Kota Bharu Lovely Moment

13 comments:

Kniedaz said...

dah habis pantang ke? Nak tengok gambar terbaru twins la..

JaSSNaNi said...

alahai.. kena joundis ye.. sama cam baby fiyya hari tu... ape pun semoga twins membesar sihat lepas ni.. :) comel and cute sangat.. twins ni lahir bape kg ye?

ieda immi said...

seronoknyee tgk husna dan hanis ..
ghewam :)

A D I A said...

my piya pun lama jaundice. jaundice ni kena minum susu ibu banyak2 je baby. piya dulu dah la premature, so kecik la, and tanak minum. alhamdulillah now sinat dan aktif.

mama lieyna said...

Alolo.. bestnye ada twins kan :-)

Hafizah Mohamad said...

Salam...bestnyer twins...fiza teringin nak tambah koleksi ni...boleh share x camana boleh dpt twin...ke ada sejarah twins...tq...=)

Mama Hanim said...

Kniedaz: masih dalam mood relaks relaks..hehe.

Mama Hanim said...

jassnani: mmg risau gak masa ada jaundice tu, tp skang dh semua ok Alhamdulillah. terima kasih ye.. masa lahir tu 2kg je..huhu..

Mama Hanim said...

Adia: tu la mmg susu ibu cara terbaik utk atasi jaundice. risau gak masa tu tgk dua dua ada jaundice. 2 minggu woo.

Mama Hanim said...

ieda immi: seb baik husna n hanis x meragam, kalo x mesti lagi ghewam kak..hehe.

Mama Hanim said...

mama lieyna: rezeki dari Allah. Alhamdulillah.

Mama Hanim said...

Hafizah Mohamad: Kami pun mmg x sangka dapat twins, rezeki. Xde tips pun nak share, sejarah pun biasa je.

afiza sharif said...

Salam kenal..

Saya gugeling around ..sambil lepak terjumpa plak blog ni..

Seronoknya dapat twin.. anak saya sekarang da masuk 10 bulan.. rindu plak bau baby..hehe

btw..jemputla ke blog saya jugak..
http://www.thesuperstarmommy.com/

Terima kasih n semoga dimurahkan rezeki...

*Saya follow yer :)