ad ld

Wednesday, May 16, 2012

Elak Guna Minyak Masak Berulang Kali, Risiko Kolesterol Dan Sakit Jantung

Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.

Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.



Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.

“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.

“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012. kosmo

-- Loji Pemprosesan Gas Petronas Terbakar, 1 Maut 9 Cedera
-- Nak Terjun Jambatan Pulau Pinang, Putus Cinta

3 comments:

Anje a.k.a Mummy_Balqis said...

mmg tak bagus pun guna banyak kali, kalo makcik kita sekali guna je pastu dia dah buang, lagik dasyat k

GREENJADE said...

peniaga sll pakai minyak kitar semula ni..tp yg itu lah sedap ye tak..?hehe

Syida said...

kalau nak beli makanan kene tgk kaler myk dlm kuali diorg.hhehehhee