ad ld

Tuesday, March 13, 2012

Pelajar USM Ditemui Mati Lps Minta Maaf Di Facebook

Seorang pelajar jurusan fizik Universiti Sains Malaysia (USM) sempat memohon maaf kepada rakan dan ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 Flat Desa Universiti, Sungai Dua semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan Tan Chee Boon, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat terjatuh melalui tingkap bilik tidur rumah sewanya.

Pelajar tahun akhir itu dikatakan baru sahaja sampai ke rumah itu pada malam kelmarin selepas menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Taman Gunung Perak 2, Alor Setar, Kedah. kosmo

1 comment:

eiela said...

macam-macam. dia bunuh diri ke nih, ke tension study.