Seorang pelajar berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas  mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam  helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di  Facebooknya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar  terbabit dibawa ke ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani untuk soal  siasat pada pukul 1.30 petang, Ahad.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana  melakukan ugutan jenayah. Pelajar tersebut ditahan di kampusnya di  Nibong Tebal. "Kes itu masih dalam siasatan lanjut. Kami akan mengumumkan jika  terdapat sebarang perkembangan," katanya ketika dihubungi, Ahad.
Satu laporan polis dibuat di balai polis Jelutong terhadap kenyataan  dalam sebuah blog yang memaparkan profil Facebook pelajar itu.
Dalam status terbaru dalam profil Facebook itu menyatakan, Najib akan turun ke kampus...mari bom helikopter tersebut...'. mstar
No comments:
Post a Comment