Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera. * Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun  dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan  perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia. * Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas  pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara  perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun  danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan  perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan  pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi  pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012. * Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014. * KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan. * Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011. * Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara  berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan  pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan  percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan  latihan serta perkhidmatantelekomunikasi. Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013. * Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera. * Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun  dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan  perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia. * Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas  pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat  cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan. * Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan  pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan  perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun  bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai  pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di  KLIFD. * Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012. * Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan  bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah. * Felda Global  Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan  2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat  berstatuskonglomerat global.
* Kerajaan akan memberikan kadar cukai  konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan  pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari  2012 hingga 2016. * Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi  Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam  terpilih pada 2012.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation  Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari  2012. * Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah  RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dan kereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013. * Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang  melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan  taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun  Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun. * Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh  Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik. * Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi  galakanTaraf Perintis  dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70  peratus selamalima tahun. * Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektor pertanian.
* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah  Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari  2012. * Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700  rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan  Bukit Raja pada 2012.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian  pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA. * RM443 juta  diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk  disewa di bawah Program Perumahan Rakyat. * Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000  unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd.
Setiap  rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan  kerajaan memberi subsidi baki RM20,000. * RM40 juta diperuntukkan  bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan  swasta. * Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan  1,270 rumah terbengkalai.
* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah  Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan  ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman  RM5,000 dengan tempoh bayaran  balik lima tahun. * MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada  warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta  pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan  usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar  Bandar dan Wilayah. * Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300  juta.
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi  pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada  jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan  RM100 juta lagi bagi usahawan Cina. * Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta. * RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi  Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia). * Kerajaan  memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan  agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
* RM50 juta  diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi  dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara. * Kerajaan  akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat  atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan  peringkat antarabangsa.
* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi  menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik  struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan  mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat  kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
* Kenaikan Gaji Tahunan  penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.  Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan  mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. * Dengan  pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan  pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan  pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang  semakan sistem saraan atau pelarasan gaji. * Kerajaan bersetuju  melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi  mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. mstar
- Pernikahan Nabil, Sebab Irma Enggan Hadir
- (Gambar) Saida Sah Cerai, Tebus Talak RM1,000
- (Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki
1 comment:
^___^
Post a Comment