ad ld

Sunday, October 23, 2011

(Gambar) Majlis Persandingan Yasmin Hani Dan Sha'arin Di Dutchess Duchess Place

Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson,32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, malam Jumaat. Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.


Majlis yang berkonsepkan Taman Inggeris Kontemporari dengan menggunakan gabungan warna putih, merah jambu dan ungu dihiasi pula dengan lampu 'chandelier' dan bunga-bungaan tampak sederhana dan klasik.


Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya."Dia seorang yang sangat positif dan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami.

Dengan kehadiran seramai 350 orang tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin, acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul. Antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar. mstar

-- Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Majlis Resepsi Fouziah Gous Dan Zhafran (Gambar)

2 comments:

GREENJADE said...

suka tgk baju sanding dorang ..konsep less n simple menenangkan mataku memandang uhuhu

GREENJADE said...

suka tgk baju sanding dorang ..konsep less n simple menenangkan mataku memandang uhuhu