Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan
sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan
keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo
selepas pencerobohon selama 23 hari.
Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang
dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.
Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di
perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika
sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Foto
BERNAMA
Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam. “Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat
mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.