Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang
dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat. Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam. “Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.