Adira memberitahu dia membuat keputusan bernikah dan sedia bermadu
selepas tiga minggu berkenalan menerusi telefon dengan ahli perniagaan
Datuk Seri Adnan Abu. Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, biarpun
perkenalan mereka singkat namun dia bersetuju dengan lamaran tersebut
kerana yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk memperisterikannya.