ad ld

Showing posts with label Uruguay. Show all posts
Showing posts with label Uruguay. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Keputusan Piala Dunia - Uruguay vs Jerman

Jerman menewaskan Uruguay 3-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay awal pagi tadi.

Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ke-19 sebelum Uruguay menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi gol Edinson Cavani.

Diego Forlan meletakkan Uruguay di depan pada minit ke-51 sebelum Marcell Jansen menyamakan kedudukan untuk Jerman lima minit kemudian.

Sami Khedira memastikan Jerman memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2010 apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

Keputusan Piala Dunia - Jerman vs Uruguay (1st Half)

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2010 : Penentuan Tempat Ke-3

JERMAN ( 1 ) - URUGUAY ( 1 )

                                         Thomas Muller 18'                                 Edinson Cavani 27'

Saturday, July 10, 2010

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - 10 JULAI

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 -


TEMPAT KE 3 DAN KE 4

10 JULAI - SABTU:

URUGUAY - JERMAN (2.30AM)


AKHIR :

11 JULAI - AHAD :

BELANDA - SEPANYOL (2.30AM)

Wednesday, July 7, 2010

Keputusan Piala Dunia Separuh Akhir - Belanda vs Uruguay

Belanda melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA 2010 selepas menundukan Uruguay 3-2 di Stadium Green Point, awal pagi tadi.

Penyerang Belanda, Arjen Robben (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya sambil dicabar pertahanan Uruguay pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 diStadium Green Point, Cape Town, awal pagi tadi. Keputusan Uruguay 2, Belanda 3. - Foto AFP

Belanda mendahului menerusi gol V Bronckhorst pada minit ke-18 sebelum Forlan menyamakan kedudukan untuk Uruguay pada minit ke-41.

Pada separuh masa kedua, Belanda meningkatkan asakan dan pada minit ke-70 Wesley Sneijder menjaring gol kedua.

Arjen Robben menambah satu lagi gol tiga minit kemudian untuk memberi kedudukan selesa kepada Belanda.

Uruguay memperoleh gol kedua selepas dua minit masa kecederaan hasil jaringan Pereira. Sneijder yang bermain cemerlang sepanjang kejohanan ini dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Belanda akan menetang sama ada Jerman atau Sepanyol pada perlawanan akhir untuk menentukan juara Piala Dunia 2010.

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - SEPARUH AKHIR

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA 2010 :

7 JULAI - RABU :

BELANDA vs URUGUAY (2.30AM)


8 JULAI - KHAMIS :

JERMAN vs SEPANYOL (2.30AM)

Friday, July 2, 2010

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - 2 JULAI

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - SUKU AKHIR :


2 JULAI - JUMAAT :

BRAZIL - BELANDA ( 10.00PM )


3  JULAI - SABTU :

URUGUAY - GHANA ( 2.30AM )