ad ld

Showing posts with label Separuh Akhir. Show all posts
Showing posts with label Separuh Akhir. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Keputusan Piala Dunia Separuh Akhir - Jerman vs Sepanyol

Jaringan tunggal Carles Puyol berjaya membantu Sepanyol mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jerman.

PEMAIN Sepanyol meraikan jaringan ketua pasukannya, Carles Puyol (dua dari kanan) selepas dia berjaya menanduk masuk gol kemenangan menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Moses Mabidha Stadium, Durban. Keputusan Jerman 0, Sepanyol 1. - AFP

Keputusan perlawanan tersebut mengulangi aksi akhir Euro 2008 dengan Sepanyol mencatat jaringan yang sama cuma kali ini melalui Puyol yang melompat tinggi untuk menanduk sepakan sudut Xavi Hernandez pada minit ke-73.

Aksi terbaik Sepanyol di Piala Dunia ialah memenangi tempat keempat pada 1950. Mereka akan bertemu Belanda dalam perlawanan akhir Ahad ini di Soccer City. - AP

Wednesday, July 7, 2010

Keputusan Piala Dunia Separuh Akhir - Belanda vs Uruguay

Belanda melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA 2010 selepas menundukan Uruguay 3-2 di Stadium Green Point, awal pagi tadi.

Penyerang Belanda, Arjen Robben (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya sambil dicabar pertahanan Uruguay pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 diStadium Green Point, Cape Town, awal pagi tadi. Keputusan Uruguay 2, Belanda 3. - Foto AFP

Belanda mendahului menerusi gol V Bronckhorst pada minit ke-18 sebelum Forlan menyamakan kedudukan untuk Uruguay pada minit ke-41.

Pada separuh masa kedua, Belanda meningkatkan asakan dan pada minit ke-70 Wesley Sneijder menjaring gol kedua.

Arjen Robben menambah satu lagi gol tiga minit kemudian untuk memberi kedudukan selesa kepada Belanda.

Uruguay memperoleh gol kedua selepas dua minit masa kecederaan hasil jaringan Pereira. Sneijder yang bermain cemerlang sepanjang kejohanan ini dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Belanda akan menetang sama ada Jerman atau Sepanyol pada perlawanan akhir untuk menentukan juara Piala Dunia 2010.