ad ld

Monday, April 28, 2014

Sidek Hussain Meninggal Dunia (Gambar)

Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.


Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan. Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko  tinggi. Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. mstar

Takziah untuk keluarga arwah. Al Fatihah.

--  5 Pelajar UIAM Parah Bas Terbabas Di Km 25.2 Lebuh Raya PLUS (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: