Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan isu apabila
bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata
seolah-olah mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan
bercerai pada 18 Februari lalu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut
dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati
privasinya. "Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. “Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya.
Pada Sabtu, Emran, 39, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat
naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan
tulisan #prayformomandayah. Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin
memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta
terhadap bekas isterinya itu.
Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra. Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.
Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar
mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di
antaranya dengan Emran. "Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui.
"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya. Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007. mstar
-- Mawar Isteri Fizo Omar Dihina Kerana Tudung Fareeda
-- Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
No comments:
Post a Comment