Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita
baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam
termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa
mulai 1 Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua
inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem
saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan
Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.