ad ld

Showing posts with label hari mengundi. Show all posts
Showing posts with label hari mengundi. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Hari Mengundi Dan Penamaan Calon Pilihan Raya Umum 13 PRU 13

Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.


Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April). Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan Jom Mengundi Di PRU 13

Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada proses pengundian pilihanraya ke 13 @ PRU 13. Pengumuman pembubaran parlimen dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak disiarkan live di tv tempatan jam 11.30 pagi 3.4.13.


Uols dah semak daftar mengundi ke? Jom bersedia untuk mengundi dan undi anda adalah rahsia..hehe.