ad ld

Showing posts with label gambar T. Karthik S. Ramesh P. Kumaran dituduh menyamar polis culik rogol rompak gadis di Rawang. Show all posts
Showing posts with label gambar T. Karthik S. Ramesh P. Kumaran dituduh menyamar polis culik rogol rompak gadis di Rawang. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

(Gambar) 3 Lelaki Dituduh Menyamar Polis, Culik, Rogol, Rompak Gadis Di Rawang

SHAH ALAM 26 Nov. - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melarikan seorang gadis di sebuah rumah tumpangan sebelum merompak mangsa pada akhir September lalu.

T. Karthik, 23, S. Ramesh, 27, dan P. Kumaran, 27, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.

Mereka didakwa melarikan dengan niat untuk memaksa gadis berusia 21 tahun itu melakukan persetubuhan haram di tangga Rumah Tumpangan Rawang, No. 111R, Jalan Maxwell, Bandar Rawang, Gombak dekat sini pada pukul 1.45 pagi, 27 September lalu.

Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa merompak sebuah telefon bimbit, anak kunci rumah tumpangan dan wang tunai RM10 milik mangsa di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di sekitar Rawang pada masa dan tarikh yang sama.