ad ld

Monday, January 30, 2012

Awan Nano Hafiz AF Juara AJL 26, Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 26 TV3

Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 ciptaan sifu Dato M.Nasir juara AJL 26. Tahniah bt Hafiz yg turut menang Vokal Terbaik.

Kategori Persembahan Terbaik dimenangi Alyah dgn lagu Kisah Hati. Faizal Tahir menerusi lagu Karma di tempat ketiga.

Naib Juara diraih lagu Beribu Sesalan nyanyian trio Shila Amzah, Ning Baizura dan Jac.

Pentas Anugerah Juara Lagu 26 bertemakan air sangat cantik dan kreatif dgn kesan hujan dan pencahayaan malah siap ada ombak beralun lagi. Tahniah TV3.

Saturday, January 21, 2012

Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee Di Masjid Kristal

Pengacara TV3, Ally Iskandar Mardzi, 36, selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan, Farrah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 23, di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam semalam.

Dengan hanya dua kali lafaz di hadapan jurunikah, Mohamad Abu Bakar, Ally yang segak berbaju Melayu putih sah menjadi suami kepada Farah Lee dengan mas kahwin berjumlah RM250.