ad ld

Showing posts with label love you mr arrogant. Show all posts
Showing posts with label love you mr arrogant. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Love You Mr Arrogant Episod Akhir Sinopsis

Love You Mr Arrogant episod akhir menemui penonton hari ni. Drama slot Akasia TV3 ni bersiaran 26 episod setiap Isnin - Khamis 7-8 mlm menarik perhatian ramai kerana jalan cerita yg best dan lakonan berkesan para pelakon seperti Azlee Khairi, Zara Zya dan Mustapha Kamal. Cerita diolah berdasarkan novel Love You Mr Arrogant Aliesha Kirana.


Episode 23 - Irham dan Zaara pulang ke rumah keluarga Irham. Mereka terkejut mendapat berita yg ibu Irham Pn Sri berada di hospital. Papa Irham telah menceritakan apa yg terjadi setelah Irham 'lari' bersama Zaara. Irham berasa bersalah dan dalam dia menyalahkan dirinya atas apa yg berlaku, Zaara lah menjadi tempat dia bergantung pada saat genting begini. Apabila Pn Sri dibenarkan pulang, Zaara begitu sabar menjaga mentuanya itu walaupun dia akur yg Pn Sri masih benci padanya. Zaara bertemu Safiya sekali lagi dan ini membuatkan Zaara merasakan seperti ada sesuatu diantara Safiya dan suaminya Irham.