ad ld

Wednesday, January 3, 2018

Minyak Naik 3 Dan 6 Sen Mulai 4 Januari 2018

Petrol Ron95 naik 3 sen mulai 12.01 malam ni 4 Januari 2018. Minggu lepas turun 1 sen je. Diesel juga naik agak banyak 6 sen.

Kenaikan harga begini tentunya agak mengganggu emosi ibu bapa yang baru 'berhabis baik' dengan persiapan dan kelengkapan persekolahan anak anak yang baru bermula 3 hari.

1 Januari 2018 dikejutkan dengan kenaikan harga tambang feri dari Kuala Kedah - Langkawi, Kuala Perlis - Langkawi sebanyak 3-4 ringgit per trip. Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman netizen, perubahan harga itu ditangguhkan.

Bertabah lah sahabat. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya dalam jalani kehidupan di tahun baru 2018 ini. Aamiin.

No comments: