ad ld

Wednesday, April 15, 2015

Aidana Turut Aktif Terbangkan Heli Nahas Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Gambar)

Data kotak hitam dari helikopter yang terhempas di Semenyih pada 4 April lalu menyatakan bahawa penumpang wanita misteri iaitu Aidana Baizieva turut memainkan peranan dalam menerbangkan helikopter Dauphin AS365N2.


Memetik laporan eksklusif dari The New Straits Times, data yang diperoleh dari perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan gadis yang berasal dari Kyrgyzstan itu terlibat secara aktif dalam operasi menerbangkan helikopter.

Rakaman itu juga merekodkan pertukaran suara di antara pelajar jurusan pelancongan itu dan juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, yang bertanggungjawab mengendalikan penerbangan. Sebelum ini pihak polis menafikan wujudnya bukti menyokong dakwaan bahawa gadis 25 tahun itu bertindak sebagai pembantu juruterbang.

Datuk Abdul Samah Mat selaku Ketua Polis Selangor berkata, Aidana yang mendalami dunia penerbangan sering mengikuti Fournier menaiki helikopter. Menurut sumber akhbar tersebut, Eurocopter AS365N2 itu juga dikatakan terbang serendah 2,000 kaki selepas hilang kawalan dan terputus hubungan. Sumber itu turut mengatakan ada petunjuk kukuh berlakunya letupan ketika penerbangan sebelum helikopter itu jatuh terhempas.

Nahas itu mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. Turut terkorban ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev.

-- Pelajar Perempuan Bertumbuk Di Luar Sekolah (Gambar)
-- Erra Fazira Dan Engku Emran Bersatu Sambut Majlis Hari Lahir Engku Aleesya (Gambar)
-- Gambar Helikopter Bomba Terhempas Di Lanchang Pahang
-- Hantaran Nooryana Anak Najib AS$500,000? Betul Ke?

No comments: