KEMAMAN 18 Okt: Ibu kepada wanita bakal pengantin yang hilang ketika membeli kelengkapan perkahwinannya di Kuantan, tujuh hari lalu, mengesyaki ada yang tidak kena hubungan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24.
Sabariah Mansor, 42, mendakwa Rozaliya sebelum ini pernah mengadu mengenai masalah hubungannya yang mungkin tidak dapat bertahan lama menyebabkan anaknya itu tawar hati selain pernah meminta pertunangannya diputuskan.
“Saya ada menghubungi rakan Mohd Helmi di pejabat untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar pulang ke pejabatnya, baru-baru ini ketika meninggalkan anak saya di Kuantan dan dimaklumkan ia tidak benar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, Rozaliya juga pernah mengadu kepada bapa saudaranya yang Mohd Helmi pernah cuba melakukan perkara tidak baik terhadapnya dan mereka sering bergaduh. Katanya, sebelum ini, dia sekeluarga berkali-kali cuba menghubungi Mohd Helmi, namun gagal hingga kira-kira jam 5.30 petang semalam apabila Mohd Helmi menjawab panggilan dan mendakwa dia berada di Johor Bahru tetapi apabila dihubungi semula oleh adik Sabariah selepas itu, lelaki berkenaan memberitahu berada di Melaka.
Saya bingung dengan jawapan diberikan dan kini saya mula mengesyaki yang Mohd Helmi cuba menipu kami kerana keretanya masih berada di sini (Bandar Ceneh Baru), di rumahnya,” katanya. Sabariah berkata, sejak berita kehilangan anaknya disiarkan akhbar kelmarin, dia menerima beratus-ratus panggilan daripada saudara-mara dan orang ramai yang memintanya bersabar dan berdoa kepada Allah semoga anaknya selamat dan dapat ditemui dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, menurutnya, dia menerima satu panggilan daripada seorang lelaki memberitahu ternampak anaknya sedang makan bersama seorang lelaki di sebuah gerai berhampiran Pasar Besar Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. - hmetro
Klik sini untuk:
-- (Gambar) Rozaliya Mat Lazim Dan Mohd Helmi Putus Tunang
-- Saya Lari Sebab Tertekan: Rozaliya
-- Terkini Kes Rozaliya: Ditemui Slmt Di Bukit Bintang, Kerja 2 Hari Di Kedai Serbaneka
-- Ibu Rozaliya Dipatuk Ular
4 comments:
i rse cm2 gak....entahla
harap2..dpt lah jumpa.balik nanti.
kena solat hajat tuh kan?...
mungkin juga ade kaitan dgn tunang die..tapi pelik...kalo ade org nampak die mkn dgn seorg laki mlm tu..ape citer lak??eemm mcm2...
Post a Comment