ad ld

Wednesday, September 30, 2015

Ibadah Korban Di Pagi Raya Aidil Adha

Assalamualaikum. Baru nak up citer Raya Haji @ Aidil Adha kan. Maklum la makan daging banyak musim raya tu jadi amik masa skit nak hancurkan lemak untuk berblogging hehe. Kejadian ni di pagi raya pertama Aidil Adha. Bawak semua rakyat jelata yang tiga orang tu tengok lembu utk korban real punya sbb twins x penah tgk lg sblm ni.


Monday, September 21, 2015

Syarafina Mansor Pelajar Uitm Perlis Ditemui Mati

Seorang pelajar perempuan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau Perlis ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu. Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016. Syarafina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas dua jam.

Friday, September 18, 2015

Lisa Surihani Bersalin Anak Perempuan

Tahniah buat Yusry Kru dan Lisa Surihani selamat melahirkan bayi perempuan pada 11.44mlm 15 September lepas.


Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interview. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami adjust diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media," kata Lisa.

Tentunya kehadiran ahli baru menceriakan lagi rumahtangga Lisa dan Yusry kan. Tahniah sekali lagi.

Tuesday, September 15, 2015

Terjah Jeruk Madu Pak Ali Di Kilang Pemprosesan Seberang Prai Pulau Pinang

Jeruk Madu Pak Ali femes seluruh Malaysia kan tapi sape penah tengok cara penyediaannya? Meh sini nak tunjuk uolls. Kita terjah tempat proses jeruk madu pak ali di Pulau Pinang ok jom tengok.


Monday, September 14, 2015

Kenduri Di Dewan IKM Sungai Petani

Musim kenduri datang lagi seiring dengan musim cuti sekolah minggu depan, tambah lemak maknanya betul tak uolls? Ni nak citer skit sal kenduri di sg petani. Jemputan kenduri di dewan ikm sungai petani ni sempena perkahwinan ex student, dah grad n konvo terus kahwin, Alhamdulillah.


Friday, September 11, 2015

Gelagat Si Kembar Husna Dan Hanis

Husna Hanis dah umur 2tahun lebih, cepat masa berlalu. Macam2 pengalaman bersama dorang ni. Masa baru lahir kena prolong jaundis (kuning) dua minggu, siap warded lagi sebab tinggi sangat. Alhamdulillah lepas tu ok je dan kini membesar dengan baik. Tapi perangai x suka tido tu tetap ada, siang hari dorang boleh x tido langsung, pahtu mlm plak tido lewat kul 10-11mlm baru nak tido. Redha je lah kan.


Thursday, September 10, 2015

Majlis Khatam Al Quran Sekolah Hanim

Majlis khatam Al Quran sekolah kakak Hanim ni berlangsung bulan ramadhan lepas, baru nk up gambar kan huhu. Lama punya peram citer, hasil belek2 laptop nk transfer gambar ke hard disk. Ok sebelum hari majlis tu, kak hanim balik citer katanya cikgu bagitau esok ada majlis khatam Al Quran, cikgu pilih kakak untuk wakil darjah 3 mengaji dengan ustaz dan kawan2 lain.


Wednesday, September 9, 2015

Marry Brown Amanjaya Mall Di Petang Itu

Marry Brown pilihan baru di sungai petani tapi kfc tetap no 1 ok. The one and only kat Amanjaya Mall a.k.a Cmart. Keluar je tol Sungai Petani Utara akan nampak Cmart ni. Mercu tanda sg petani yang paling hot la sekarang ni. Weekend memang ramai rakyat jelata berkerumun kat situ.

 

Tuesday, September 8, 2015

Sambutan Hari Merdeka Sekolah Hanim

Boleh kata semua sekolah buat sambutan hari kemerdekaan kan. Sekolah kak Hanim pun ada buat jugak. Lebih happening sebab kak hanim dipilih jadi model pakai baju bendera tu bersama dua lagi schoolmate dia. Berdiri gagah la dorang tu kat depan assembly siap bergambar dengan cikgu2 sekali. Lovely moment untuk dia.


Monday, September 7, 2015

Pernikahan Raja Farah Dan Iskandar Ismail (Gambar)

Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail 33 dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51pagi Ahad. Majlis pernikahan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.


Nur Rozi Yanti Cedera Parah Dilanggar Van Pengiring Kini Stabil Di ICU (Gambar)

Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu kini berada dalam keadaan stabil. Jurulatih pasukan, Suod Hussain berkata pelumba yang berasal dari Perlis itu masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang.


Friday, September 4, 2015

Spaghetti Menular Di Kampung

Spaghetti pun dah masuk kampung skang ni, menular katakan hehe. Kalau dulu kenal bihun, mee goreng dan char kue teow je tapi skang spaghetti ok.


Masak atas permintaan anak jiran sekampung, nak makan mee kuah putih macam laksa nak sebut nama x reti hehe. Dapat la merasa skit sorang ok la kan, bukan kenduri pun. Lagipun mudah je masak spaghetti ni, cepat sedap dan kenyang kan. Alhamdulillah.

Thursday, September 3, 2015

Keropok Lekor Di Jalan Pantai Cahaya Bulan

Keropok lekor boleh kata mesti beli tiap kali balik kampung. Kali ni beli kat tepi jalan pcb plak. Macam-macam keropok ada, keropok lekor frozen pun ada beb. Segar, rasa ikan yang tulen dan murah. Balik rumah, potong2 terus goreng dan makan bersama family best kan.


Tuesday, September 1, 2015

Cuti Merdeka Di Kota Bharu

Cuti merdeka yang lepas balik Kota Bharu Kelantan. Pagi 28hb tu dah ada kt kampung, happy sangat la dpt lepak dgn family tersayang kan. Kak Hanim pun seronok la, si kembar Husna Hanis pun dah makin besar dh kenal makcik pakcik dorang. Hari pertama kat kampung dah check in kat pantai, mana lagi kalau bukan pantai cahaya bulan a.k.a pcb kan.