ad ld

Tuesday, August 31, 2010

Buat Popiah Di Ptg Hari, Bukan Utk Kuih Raya Tp Makan2 Je

Salam di hari Kemerdekaan. Bru lps layan bloglist, tgk agak slow new n3 kengkawans hari ni ye, maklum la public holiday kan. Kami pn blk kuar meronda td, 4jam kt luar x terasa pn hari ni, 3 shopping malls berjaya diterjah..huhu.. Skang bru terasa agak penat rupanya..

Ok ni ada lg skit cer di weekend lps, masa tu aura rajin lbh skit la. Lps siapkan menu berbuka, tetiba rasa nk bt popiah plak. Lgpn x susah pn nk bt kan, trus je lah.. Jom layan picca :


Mula2 sediakan dgn sepatutnya dlu ok.. Pastu goreng laa...


Then apalagi bila dh masak, makan la plak kan..hehe..


Ok uols, slmt berbuka puasa di Hari Kemerdekaan ye..

Monday, August 30, 2010

Jgn Asyik Dgn Baju Raya Je, Kereta Pn Nk Raya Gak

Salam.. Hari ni best tgk blog kengkawan update cer weekend, happening beb. Mcm eina blk johor, si gorjes syida blk melaka, walaweh mesti best tu blk kg kan.. Kami last weekend pn guna masa utk settle kan apa yg patut, ye lah next week kan dh nk cuti raya. Selain pakaian raya, kete pn tip top condition la kan, bru best ho ho ho balik kg!!!!

Service kete kt kedai ni mmg best, selain budi bahasa yg agak ok, dpt gak cuci mata tgk byk kete powerz kt situ. Yg putih tu Honda EK klu x silap, blakang tu plak Volvo Royale. Tp x sempat nk snap Skyline GT, Evo 7 n Slyvia..  Perhh rasa mcm kt autoshow pn ada..kui3.. Kebykan pakai ekzos sama saiz paip air tepi jln je, ibu kucing pn muat duk dlm tu kot..huhu..

Petikan kata2 hubby ku saat itu,' Klu ikut hati nk psg blk ekzos cmtu, apakan daya musim itu utk ku dh berlalu,'....  (sedikit emo di situ agaknya)

-- Wakakaka, tau xpe Be!!! Bg chance lah utk generasi baru plak...

Lagi Kes Buang Bayi: Bayi Dlm Beg Disangkut Pada Tiang Signboard

Salam... Lagi2 kes buang bayi. Mmg jahat giler sapa yg bt tu, sangkut beg ada bayi yg masih hidup pada tiang signboard di simpang traffic light. Klu dpt tangkap si celaka tu mmg patut ikat dia di tiang lampu Taman Tasik Shah Alam sebulan.. Geram btul aku.. Uols baca petikan Bharian ni:

-- SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki yang masih hidup dengan badannya dibaluti kain batik ditemui dalam beg kertas di kawasan Pangsapuri Brunsfield di Seksyen 13, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata beg kertas yang memuatkan bayi itu disangkut pada tiang papan tanda di simpang lampu isyarat kawasan kediaman itu.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh kurang dari 24 jam dan berdasarkan warna kulit, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau Indonesia,". - Baca selanjutnya di Bharian

Perkasa Cadang Namewee Dibuang Negeri

Salam.. Uols tentu penah dgr kisah Namewee kan.. Yg kes ubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku dlu tu. Skang ni heboh cer dia lagi. Klip video bertajuk ‘Namewee F**k Racism Malaysia NAH!’ itu merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan memarahi pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman, baru-baru ini. Ok x mau cer byk pepagi nih, uols baca artikel ni ye, tq2.

-- Kerajaan digesa mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu. "Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat.

"Jelas sekali dia tidak insaf walaupun pernah memohon maaf di atas kesalahan sebelum ini. Jika kerajaan masih enggan mengambil tindakan, ia bermakna kerajaan juga masih belum 'insaf' sepenuhnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut bersetuju dengan pandangan Ibrahim. Katanya, tindakan Namewee nyata melampaui batas kerana mengulangi perbuatan yang sama. Menurutnya, pemuda itu tidak memahami makna perpaduan dan nampaknya lebih suka melihat negara menjadi kacau-bilau.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar pula menyifatkan tindakan pemuda yang pernah menuntut di Universiti Ming Chuan, Taiwan itu sebagai biadab, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan. Tegasnya, hukuman keras perlu diambil ke atas Namewee termasuk mengenakan tindakan buang negeri.

"Tidak perlu lagi beri amaran kerana ini bukan kesalahannya yang pertama. Mungkin dia berani mengulangi perbuatannya kerana sebelum ini tiada tindakan tegas diambil. "Kalau dia minta maaf sekali pun, tidak perlu terima maaf itu. Ini adalah perbuatan individu atau pihak yang tidak cintakan negara," katanya. - Utusan

Sunday, August 29, 2010

Gambar Remaja Koma Diketuk Cota

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 15 tahun koma selepas kepalanya didakwa diketuk menggunakan cota oleh seorang anggota polis di Jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.45 pagi, pada 20 Ogos lalu. Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.

Riduan berkata, pada mulanya dia tidak tahu punca anaknya mengalami kecederaan teruk itu sehingga diberitahu oleh rakan sebaya anaknya yang bersama-sama menaiki motosikal berkenaan. Katanya, mereka berdua ditahan polis ketika dalam perjalanan ke rumah, namun kedua-dua remaja terbabit enggan memberhentikan motosikal.“Rakannya memberitahu, polis terbabit terus bertindak ganas memukul kepala Muhammad Raimie dengan sebatang kayu menyebabkannya jatuh tersembam ke atas jalan raya.

“Anak saya kemudian dihantar ke klinik itu sebelum dipindahkan ke HUSM untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan otak,” katanya. - Baca seterusnya di Hmetro

Gambar Sambutan Harijadi Mawi

Mawi sambut besdaynya 25/8 yg lps di Teratak Bonda.. Jom layan picca..



Nampak meriahkan..

Saturday, August 28, 2010

Abang Perangai Setan, Rogol 5 Adik Perempuan

Akibat tidak sanggup lagi menjadi mangsa kerakusan abang kandung yang meratah tubuh mereka, tiga beradik nekad melarikan diri dari rumah di Kampung Saador, Pantai Senok, dekat sini, petang kelmarin. Ketika umat Islam sibuk bersiap menyediakan juadah berbuka puasa, tiga beradik terbabit yang berusia 5, 14 dan 16 tahun itu melarikan diri sebelum mencari perlindungan sementara di Masjid Kota Jembal, dekat sini.
Seorang ahli kariah masjid itu, Abdullah Harun ternampak tiga beradik terbabit termasuk seorang daripada mereka yang berpakaian seragam sekolah dalam keadaan kepenatan ketika berjalan berhampiran kawasan masjid itu kira-kira jam 8 malam.

Tiga beradik itu memberitahu mereka lari dari rumah kerana tidak sanggup dirogol berulang kali oleh abang kandung berusia 18 tahun. Mereka kematian ibu sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama ayah yang menagih dadah dan pemabuk. Abang yang merogol mereka turut menagih dadah. - Baca selanjutnya di Hmetro

- Sedih, geram, simpati n perasaan yg bercampur baur bila baca artikel nih. Apa jenis manusia yg sanggup bt begitu pada adik perempuannya, bukan sorg plak tu tp 5 org adik2 nya. Bahkan dgn adik yg usia 5thn pn dia buat jugak. Mcm xde otak je kelakuannya. Pasni duk lokap polis baru dia tahu nk kawal nafsu dia kot, mmg patut diberi hukuman yg setimpal dgn perangai setan tu.

Friday, August 27, 2010

Menu Berbuka Puasa. Lupa Hari Apa Daa..

Salam.. Uols plan berbuka dgn menu apa hari ni? Masak sndri ke org tlg masak? ekekeke.. Xpe2, janji sedap dan memenuhi selera semua kan.. Ni nk cer my menu berbuka puasa 2-3 hari lps. Jom layan picca..


Ikan keli bakar tu beb.. perhhh..


Ayam gulai.. 2ketul jerrr.. N buat buka selera, kerabu mangga..sgt mables woo..hehe..

Lagi Kes Ludah, Bakar Jalur Gemilang Di Depan Kedutaan Malaysia

Salam.. Apa perasaan uols tgk kelakuan spt itu? Di saat Malaysia mengira hari utk sambut Hari Kemerdekaan Ke 53 pd 31 Ogos  ni, negara terus disajikan pemandangan sebegitu. Apa rasionalnya?

- Jakarta 26 Ogos – Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas. - Baca seterusnya di UTUSAN

Thursday, August 26, 2010

Jalan - Jalan Cuci Mata Di Petang Hari

Salam.. Bz skit hr ni, huhu.. Cmne dgn persiapan raya uols, dh settle semua ke? Klu yg blom pn mesti dh usha2 kan mana tpt nk terjah weekend ni kan..btul tak? Semlm i pn ada gak ronda2 sekitar sp nih, cuci mata je dlu lps blk keje. As usual area jam besar Kompleks Temim mmg sgt happening la, penuh dgn khemah 'jOM hEBOH' kata hanim. Ayat cepumas Hanim adalah,' Byknya khemah jom heboh, mcmana kita nk gi kfc tu mama?'..

Straight to Taman Sejati.. Semua sale beb. Lucu tgk hanim duk asyik cakap nk pakai kasut warna apa ni? Lalu area kasut n handbag dia pn senyum semacam.. huhu..

Pastu ke Giant plak. Suka sgt hanim nk main kt situ. Terus pakai kasut baru tu, x tahannnnn..Kata kasut raya tp dh pakai pn.


N last but not least, apa lagi berbuka puasa kt kfc la jawabnya.. Yummy..


Tgk tu, betapa feelnya hanim menikmati kfc kan..


Perrhhh.. sgt best woo auntie sekalian.. hehe..

Bazar Ramadhan Paling Berisiko

Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan. "Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya. - kosmo

Wednesday, August 25, 2010

Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya RM500

Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal. Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal. "Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - mstar

Hakim Nasihat Anak Pulang Selesai Masalah Dengan Bapa Lps 7thn Tak Jumpa

Kuala Terengganu - Seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, menasihati seorang pengurus operasi sebuah syarikat cari minyak swasta yang menghadapi tuntutan nafkah penjagaan dua anaknya supaya mengambil kesempatan Hari Raya nanti untuk menemui ayahnya bagi menyelesaikan masalah itu.

Hakim Kamarul Azmi Ismail memberitahu Nasrum Mustafa, 37, bahawa bapanya cukup teringin untuk berjumpa dengannya setelah lebih tujuh tahun mereka tidak bertemu. Hakim menasihatkan demikian setelah pihak defendan menyatakan persetujuan untuk menyelesaikan kes tuntutan di luar mahkamah. Sebelum itu, mahkamah diberitahu oleh peguam defendan Abdullah Muhamad bahawa anak guamnya tidak dapat menghadiri prosiding sebutan semula kes itu pada hari ini kerana mempunyai tugasan di Johor Baharu.

"Anak guam saya juga bersetuju untuk menyelesaikan kes tuntutan ini di luar mahkamah dan beliau difahamkan sedang membuat permohonon pinjaman semula perumahannya bagi membayar tuntutan pihak plaintif," katanya. Setelah ditanya hakim, bapa Nasrum, Mustafa Ismail, 54, berkata, anaknya itu tidak pernah menghubunginya atau kedua-dua anaknya, seorang perempuan berusia 13 tahun dan seorang lelaki, 15 tahun, selepas kes itu mula disebut pada pertengahan Julai lepas.

"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan dia untuk pulang berjumpa dengan ayahnya kerana ia terpulang kepada dirinya sendiri. "Walau apa jua masalah dan alasan sekalipun kembalilah kepada hukum," katanya. Hakim Kamarul Azmi turut memetik riwayat Al Hakim yanng menyebut semua dosa yang dilakukan ditangguhkan melainkan dosa kepada kedua orang tua yang mana Allah akan segerakan hukumannya di dunia lagi.

"Paling ditakuti apabila Allah menghukum dengan menutup pintu hatinya, dan iman tidak dapat masuk dan dengan itu semua yang dilakukannya difikirkan betul. "Hukuman mahkamah boleh selesaikan pertikaian, tetapi tidak boleh selesaikan apa yang terpendam di dalam hati. Jadi sebaiknya lakukanlah penyelesaian, baliklah berjumpa dengan ayah dan anak-anak," katanya. Mahkamah kemudian menetapkan 31 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan meminta Nasrum untuk hadir.

Sementara itu, ketika ditemui di luar kamar mahkamah peguam plaintif Fazru Anuar Yusof berkata, anak guamnya tidak terlalu mengambil kira soal tuntutan tersebut sebaliknya mahukan anaknya itu pulang berjumpa dengannya serta dua anak yang ditinggalkan itu pada hari raya nanti. Pada 13 Julai lepas Mustafa menuntut anak lelakinya itu membayar nafkah penjagaan dua cucunya sebanyak RM20,000 sebagai tunggakan perbelanjaan penjagaan selama lebih tujuh tahun.

Selain itu, Mustafa juga menuntut anaknya yang berpendapatan hampir RM17,000 sebulan supaya memberi nafkah RM800 sebulan menerusi potongan gaji dan dimasukkan terus ke akaun cucunya untuk perbelanjaan penjagaan mereka.- sinarharian

Ya Allah, Ngerinya - Bapa Sembelih Mati Anak 3 Tahun

Kota Bharu: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi.

Adik-beradik kepada kanak-kanak (foto) yang disembelih bapanya ditenteramkan saudara mereka.

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini. Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu. - bharian

- Mayat Mohd. Adam Muszhaffar ditemui terbaring berlumuran darah oleh ibunya, Nik Suzila Nik Hashim, 32, yang menyedari kejadian selepas mendengar jeritan kuat daripada anak lelakinya itu. Selain Mohd. Adam Muszhaffar, pasangan itu mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Siti Aishah, 2, dan Shafiqah, 8.

Nik Suzila ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu berasa panas sebelum duduk di bahagian bawah rumah berhampiran bilik air rumah mereka. “Selepas mendengar anak saya menjerit saya berlari ke tandas kerana bimbang dia terjatuh, tetapi bila saya sampai saya lihat dia (suami) sedang menyembelih Adam, saya tidak boleh buat apa lagi, Adam sudah meninggal dunia.
“Saya kemudian berlari ke rumah emak untuk meminta tolong dan orang ramai mula datang ke rumah bagi memberikan bantuan,”  - Utusan

- Semoga roh Mohd Adam dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tuesday, August 24, 2010

Kedutaan Malaysia Di Indonesia Dilontar Najis

JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh. Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Penunjuk perasaan (foto) bertindak liar memijak Jalur Gemilang sebagai bantahan anti-Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia. Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit. Suasana menjadi kecoh apabila para penunjuk perasaan mendesak rakan mereka dibebaskan.

Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan terbabit hari ini juga. Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia. Sebelum ini anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu. - petikan UTUSAN

ZINA DI USIA 12 TAHUN, DARJAH ENAM

KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat. Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini. Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu. Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama. - baca SINI.

--> Takutnya, semakin byk berita gejala sosial, rosak moral di Malaysia tika ini. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan perlindungan kepada  saya dan suami dalam membesarkan anak. Sama2 lah kita berdoa agar keluarga masing2 dirahmati dan dilindungi Allah selalu, Insya Allah.

Surau Di Seremban Disimbah Cat Merah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki Masroh menunjukkan sebahagian daripada pintu cermin dan dinding Surau Taman Pulai Impian, Sikamat di Seremban, yang disimbah dengan cat merah serta botol arak dalam kejadian awal pagi tadi. Foto BERNAMA
 

Monday, August 23, 2010

Remaja 17 tahun Mangsa Terbaru Kencing Tikus

Alor Star – Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia kerana dijangkiti bakteria kencing tikus setelah mandi di Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang semalam. Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzuki Md. Isa berkata, mangsa berasal dari Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang dikatakan mandi di kawasan itu bersama empat lagi rakan-rakannya.

“Mereka mandi di kawasan larangan tersebut pada 16 Julai lalu. “Namun begitu, rakan-rakannya yang lain bebas daripada jangkitan tersebut tetapi kesihatan mereka masih lagi dipantau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Marzuki menambah, jumlah kematian yang membabitkan jangkitan kencing tikus di negeri ini melibatkan dua kes. Beliau meminta orang ramai mematuhi arahan agar tidak berkelah di kawasan yang di larang “Antara kawasan rekreasi berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu masih ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan,” jelasnya lagi. - kosmo

Seks Dalam Kereta

Alor Setar: Kehadiran Ramadan yang mulia ini seolah-olah tidak membawa sebarang makna bagi pelacur dan pondan serta pelanggan mereka yang kebanyakannya beragama Islam apabila tidak segan silu melakukan tawar menawar di lokasi baru mereka di perkarangan Stadium Darulaman.

Seorang pelacur menunggu pelanggan di pekarangan Stadium Darulaman (foto).

Pelacur dan pondan terbabit dipercayai baru menjadikan pekarangan stadium itu sebagai `port' mereka berikutan kawasan lama di sekitar Stesen Keretapi Alor Setar kini dibangunkan untuk projek landasan elektrik berkembar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Tinjauan malam kelmarin juga mendapati kira-kira 20 pelacur dan pondan berusia antara 20-an hingga 40-an berlegar di situ mencari pelanggan yang kebanyakannya datang dengan kereta dan motosikal. Apa yang dikesalkan mereka kebanyakannya beragama Islam itu sedikit pun tidak rasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di bulan yang mulia ini, termasuk pelanggan mereka yang ketagih seks dan tidak dapat membendung gelodak nafsu serakah, walaupun di bulan puasa ini.

Pelacur dan pondan yang berpakaian menjolok mata itu dilihat menunggu di kawasan yang agak gelap di situ dan akan melakukan tawar menawar apabila ada pelanggan sama ada berkereta atau bermotosikal datang. Sebahagian mereka bertindak berani apabila dipercayai melakukan seks oral di dalam kereta pelanggan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ, selain ada yang dibawa pelanggan menaiki kenderaan ke lokasi tertentu dipercayai untuk melakukan hubungan seks.

Mereka mungkin menuju ke kawasan sunyi dan gelap di sekitarnya untuk melampiaskan nafsu serakah di dalam kereta kerana kebanyakan kenderaan terbabit dilihat membawa pelacur atau pondan terbabit tidak lama, sebelum menghantarnya semula ke situ. Difahamkan, pelacur dan pondan terbabit mengenakan harga antara RM20 dan RM40 untuk sekali perkhidmatan, manakala untuk seks oral pula bayarannya boleh dibincang.

Seorang pengunjung, Ahmad Shafie, 54, berkata dia tidak menyangka ada kegiatan pelacuran di perkarangan stadium itu kerana ia adalah lokasi tumpuan ramai, terutama dengan adanya bazar lewat pagi dan gerai menjual pakaian untuk Aidilfitri ini. "Saya datang bersama keluarga untuk membeli-belah sempena Aidilfitri dan terkejut apabila mendapati sekumpulan wanita dan pondan berpakaian menjolok mata berlegar di tempat letak kereta di situ, katanya. - bharian

-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar) 
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Kenapa Setiap Ramadhan Ada Korban Mercun? - Budak 6thn Mati Rumah Meletup

TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terbunuh dan dua lelaki cedera parah apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai menjadi gudang mercun di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini, meletup pada jam 12.30 tengahari tadi.

Mayat Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Tadika Kampung Losong Atap Zin, ditemui tersangkut pada pokok (bulatan merah) selepas tercampak kira-kira 15 meter dari rumah berkenaan dengan kepalanya pecah. Menurut saksi, dua lagi mangsa berusia 22 dan 23 yang belum dikenal pasti identiti mereka pula mengalami kecederaan parah di kaki. "Saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya.

Beliau berkata, seorang daripada lelaki terbabit tidak sedarkan diri manakala seorang lagi yang berada di bawah serpihan papan sempat meminta kami mencari seorang budak. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. - bharian

Sunday, August 22, 2010

Lagi Kes Buang Bayi: Bayi Mati Didera Di Perhentian Bas

Rembau 20 Ogos – Entah di mana hilangnya nilai kemanusiaan apabila ada yang tergamak mendera bayinya sehingga mati sebelum meninggalkannya di kawasan awam. Begitu nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui oleh beberapa pelajar sekolah di bangku sebuah perhentian bas di Kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, dekat sini, hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi yang ditemui kira-kira pukul 6 pagi itu dalam keadaan berbalut dengan kain, dipercayai mati didera ekoran mempunyai kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan. Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi yang berusia 10 hingga 12 bulan tersebut. Menurut pengawal keselamatan, Mohamad Som Adlan, 62, dia dimaklumkan tentang penemuan mayat bayi itu oleh pelajar-pelajar berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Mizan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ada kesan lebam pada bahagian kepala, mata, kedua-dua belah pipi dan juga di bahagian belakang bayi itu. “Kita percaya bayi yang dijumpai itu adalah rakyat tempatan dan berketurunan Melayu,” jelasnya. Pihak polis juga sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mencari identiti sebenar mangsa dan penjaga bayi berkenaan. - utusan

Apabila Suami Tak ROMANTIK

Biasanya saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati. ‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.

‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka. ‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.

‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit. ‘‘Suami saya Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati. Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.

‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga. ‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah semakin tua you sekarang ya’’. ‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.

‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga. ‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah. ‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak. Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.

‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi? ‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri. ‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.

Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa. - petikan Utusan

Piala Super Sepanyol : Hatrik Messi Bantu Barca Benam Sevilla 4-0

Lionel Messi melakukan hatrik untuk Barcelona memenangi Piala Super Sepanyol dengan agregat 5-3 selepas membenam Sevilla 4-0 awal pagi tadi.

The Catalan menguasai pertemuan di Nou Camp sebaik saja Abdoulay Konko menjaringkan gol sendiri ketika cuba memintas hantaran silang Pedro pada minit ke-13.

Messi kemudian mengambil alih peranan sebagai penjaring dengan gol pada minit ke-24, 43 dan 90. -AFP

Saturday, August 21, 2010

Waheeda Makin Tenang Selepas Berpurdah

Penampilan istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis. Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah
Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi. Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi. “Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula,” katanya sambil tertawa.

Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu. - mstar

Tghari Jumaat Beli Nasi Utk Sape Tu Bro???

APA DAH JADI... Terdapat kedai-kedai makan yang tidak bertanggungjawab apabila menjual makanan dan minuman kepada pelanggan Islam di Jalan Semambu Kuantan, Jumaat. Kelihatan seorang lelaki dipercayai Melayu dan beragama Islam melindungi mukanya dengan mengunakan topi keledar supaya tidak dikenali tergesa-gesa meninggalkan kedai makan selepas membungkus makanan dan minuman walaupun kedai-kedai berkenaan terletak di tepi jalan raya. - foto BERNAMA

Friday, August 20, 2010

Video Di Mahkamah Raja Azmi Dibebaskan Dgn Ikat Jamin RM8,000

Raja Azmi dibebaskan dgn ikat jamin RM8,000. Jom tgk video Raja Azmi semasa di mahkamah tadi.


Klik SINI ok..

Gambar Anak2 Artis Di Fesyenista Baby Kiko

Ramai juga artis/selebriti yang mempunyai anak kecil mengikuti acara 'Fesyenista Baby Kiko' yang diadakan baru-baru ini. Anak artis yang hadir seperti Erra, Sabrina, Abby Abadi, Rosma, Nadia Mustafa, Rita Rudaini, Lisdawati dan Enot.


Masing-masing mengayakan anak dengan penuh kreatif dan sesuai dengan tema fesyen. Bukan calang-calang acara ini apabila hadiah utamanya RM30,000 yang akhirnya menjadi milik anak Erra Fazira, Engku Aleesya.



Memang bertuah nasib badan, dapat RM30,000 tue, mana nak joli2 lah. Hehe. -FB Abby

-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis 
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama

Lagi Kes Bufet Ramadhan Dimasak Dgn Wain

George Town - Sebuah hotel terkemuka di negeri ini diserbu pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada Selasa lalu ekoran menggunakan bahan perasa beralkohol ke dalam sajian bufet Ramadan. Hasil pemeriksaan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP itu mendapati, hotel berkonsepkan hiburan yang terletak di tepi pantai itu telah menggunakan cuka wain selain gagal mempamerkan Sijil Halal Malaysia.

"Pihak pengurusan hotel terbabit diarah menghentikan promosi nama bufet Ramadan sehingga permohonan persijilan halal dikeluarkan," ujar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim ketika dihubungi semalam.

Pemeriksaan tersebut dilakukan dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPNDKK) negeri terhadap hotel-hotel yang menggunakan nama bufet Ramadan sebagai promosi berbuka puasa di negeri ini. - kosmo

Raja Azmi Ditahan Polis.. Apa Kes???

Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.

Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang Khamis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu. Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.

"Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini dua kali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya. "Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya," kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi. Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991. Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas. - BERNAMA

Thursday, August 19, 2010

Bilangan Pesakit H1N1 Naik 25% Minggu Ni, 64 Kes 8-14hb

Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.

Bagi tempoh sama, 7 kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari 5 kepada 6 negeri, turun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya. Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk 9 hospital swasta.

Dr Mohd Ismail berkata, walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. - BERNAMA

-- Jaga kebersihan selalu ok, walau di mana uols berada.. take care.

Sessi Bergambar Dato Siti Nurhaliza Dan Dato Syarifah Aini Berbaik

Setelah 6 tahun konfrontasi, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza akhirnya dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas bersempena Aidilfitri. Sebenarnya usaha mengadakan sesi fotografi ini dimulakan oleh Editor majalah URTV, Huzz. Pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian juga turut mengusahakan sesi pertemuan kedua-dua bintang bersuara merdu itu.

"Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru," kata Dato Siti.
"Saya sedih sangat dalam sesi hari ini. Bila Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah, Kah Pah tak boleh tahan air mata. Sedih sangat. Kak Pah rasa Siti juga rasa perkara yang sama bila kami bertemu hari ini. Kami ini mangsa keadaan. Kerana ada pihak lain yang melaga-lagakan, sampai enam tahun kami tak berjumpa. Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku," kata Dato Sharifah Aini. - ManggaOnline.

Benjy Lepas Dan Bebas Satu Tuduhan Dadah

Pelakon yang juga anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty, Benjy boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret di sini semalam melepas dan membebaskan satu daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya. Manakala bagi dua pertuduhan berikut, Majistret Hafizza Sauni memutuskan supaya ia dibicarakan serentak mulai hari ini dengan sembilan saksi dipanggil memberi keterangan.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, yang berdiri di dalam kandang tertuduh kelihatan gembira dengan keputusan itu sambil kerap tersenyum ke arah Azean, bapa dan dua adiknya yang duduk di galeri awam. Terdahulu, Hafizza memutuskan Benjy dilepas dan bebas setelah Timbalan Pendakwa Raya, Nurmardiana Mamat memaklumkan telah mendapat arahan untuk menarik balik pertuduhan tersebut.

Ia berikutan notis bantahan yang diserahkan peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad kepada pihak pendakwaan 15 Ogos lalu bagi menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Benjy didakwa memasukkan dadah syabu ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 8.24 pagi, 15 Mac lalu. Selain itu, Hafizza turut menolak permohonan Amer Hamzah supaya dua pertuduhan lain yang dihadapi Benjy dibicarakan secara berasingan. - kosmo

Mayat Bayi Ditemui Dibuang Dalam Tong Sampah Hospital Melaka

Salam.. Lately makin menjadi jadi gejala buang bayi. Ada gak pendapat mybe berkaitan bulan 11 n 12 last year byk agenda kot, sempena musim cuti sekolah la, sambut new year la, cuti perayaan n mcm2 lagi lah.. Sedih tgk picca bayi2 x berdosa yg dibuang tanpa peri kemanusiaan tu.. Apa nk jadi daaa...


Ni plak kes terbaru, buang bayi dlm tong sampah di Unit Kecemasan Hospital Melaka. Jom baca cer petikan tu..

MELAKA: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam di sini.

Beliau berkata, pada jam 7 malam semalam, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka mengenai seorang pesakit wanita yang disyaki mempunyai kesan baru melahirkan anak. "Pengadu melaporkan wanita itu mendakwa melahirkan bayi di dalam tandas di hospital itu dan membuangnya ke dalam tong sampah di kawasan wad kecemasan," katanya. "Berikutan itu, polis membuat pemeriksaan di semua tong sampah dan bayi yang dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh anggota Unit Forensik polis dalam sebuah tong sampah besar pada jam 1.55 petang ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Mohd Adnan berkata, sejak awal Januari lalu, sebanyak lima kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini. - hmetro

Setengah Jam Lagi Buka Puasa, Sempat Ke Masak?

Salam.. Uols dh plan ke nak masak or just tunjuk2 yg org masak kt kedai hr ni? hehe.. Pepun janji sedap kan. Ok lah, ni bru nk cer n3 puasa kt blog ni, maklum lah lappy masuk 'wad' 10hari katakan..

Ni menu buka puasa semlm, simple je prepared pn dlm 30minit jerr.. Smp umah lambat gara2 hanim nk laptop baru gak dia pn..huhu.. Siap cakap, Mama dpt laptop baru, hanim pn nak jugak la papa!!! Cari punya cari, x sedar jam dh kol 6.55pm. Papa suggest terjah kfc tesco je, tp tgk2 dh full. Then decide blk masak kt umah je lah, papa tya sempat ke masak ni? Huhu, blom cuba blom tahu ok..kih3.. Smp umah 7.05pm trus mula operasi. Dan hasilnya.. Taraaaa...


Udang tomyam belasah je..


Telur dadar n udang goreng..

-- Cun2 siap hidang 7.35pm, trus baca doa buka puasa laaa...hehe..

Tak Hormat Ramadhan, Remaja Bercumbu Di Pantai Puteri Tanjung Kling

Salam.. Mood ceria di pagi hari rasa agak terganggu bila view paper on9 jap td.. Sedih dgn situasi morality masyarakat muda mudi yg makin teruk tika ini. Uols try lah baca cer petikan bharian ni :

TANJUNG KLING: Segelintir pasangan muda yang dipercayai sedang hangat dilamun cinta, dikesan menjadikan kawasan Pantai Puteri, dekat sini, sebagai lokasi untuk melakukan maksiat termasuk sepanjang Ramadan sehingga menjejaskan kesucian bulan mulia itu. Tinjauan di kawasan ini mendapati pasangan terbabit gemar menjadikan lokasi yang tersorok dan sunyi di situ sebagai tempat memadu kasih dan aktiviti sumbang ini berlaku pada waktu siang dan hari bekerja.

Mereka dilihat seolah-olah tidak segan silu melakukan perbuatan itu, walaupun mudah dilihat masyarakat sekeliling, malah ada di antara mereka bukan saja berani melakukan adegan berpelukan, tetapi perlakuan lebih mencolok mata. Ada ketikanya, perbuatan itu turut ditegur masyarakat sekeliling khususnya di kalangan golongan tua, tetapi tidak berkesan apabila pasangan kekasih berkenaan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak terbabit.

Dalam tinjauan terbaru kelmarin, beberapa pasangan kekasih yang dipercayai berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun itu tanpa segan silu berpelukan, selain melakukan aksi berani berkucupan mesra. Seorang pengunjung pantai ini, Nordin Aman, 49, ketika ditemui berkata, aktiviti seperti itu perlu dibanteras segera bagi mengelaknya berlarutan kerana ia bukan saja menjejaskan imej Islam, malah kawasan peranginan berkenaan.

Sambil mengakui memang ramai remaja Islam di sini tidak menghormati kesucian Ramadan apabila berkelakuan sumbang serta memakai pakaian menjolok mata, beliau berharap penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIM) bertindak segera menangani masalah itu. Perbuatan mereka itu mencemar kesucian Ramadan yang penuh keberkatan ini dan JAIM perlu mengambil tindakan kerana penduduk yang menegur perlakuan mereka itu, sering ditempelak semula oleh pasangan berkenaan, katanya.

Pasangan remaja masa kini terlalu berani melakukan maksiat secara terbuka, malah cara berpakaian mereka juga memalukan, sekali gus menunjukkan mereka tidak takut dengan hukum agama. Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata ketika mengulas isu ini berkata, pihaknya akan melakukan operasi mencegah maksiat di kawasan dikenal pasti sebagai sebagai tempat maksiat di negeri ini termasuk Pantai Puteri. - bharian

-- Agak2 lah nk bercinta pun... Bulan puasa ni..

Blog List Ben Ashaari

Salam.. Agak terlewat bt n3 utk join bloglist en ben.. Tp harap2 masih berpeluang utk berada di sana.. X dinafikan blog benashaari mmg byk membantu naikkan traffic blog2 yg ada dlm bloglist tu. Terima kasih diucapkan pd ben.


Jadi, seperti biasalah, saya pn nk join gak blog femes tuh kan..hehe.. Kalau masih ada ruang, harap2 dpt join kategori Peribadi ye en.ben. Utk uols yg nk try join gak, sila refer kt link ni utk syarat2nya..

Terima kasih benashaari.com

Wednesday, August 18, 2010

Macho Nya - PIJAK ISTERI HAMIL 6 BULAN

AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu. Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran. “Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya. “Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya. Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.

Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya. “Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya. Suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan. “Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya. Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu. “Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya. - hmetro

-- Baru setahun kawin tu... Alahai...

70% Buffet Ramadan Campur Arak - JAKIM

Hampir 70% daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya. Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu. Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. - utusan

-- Hati2 uols.. Sesape yg nk berbuka puasa kt hotel tu, check status halal dlu ok..

Kanak-kanak Terlantar Slps Dipatuk Ular Tedung

Ahmad Asri Mohd. Indra Suwardy, 2, sebelum ini merupakan seorang kanak-kanak yang lincah dan periang. Namun, dia kini hanya mampu terbaring dan menangis akibat patukan ular di kepalanya yang dipercayai ular tedung. Ahmad Asri dari Kampung Bukit Merah di sini, dipatuk ular berkenaan pada 26 Mei lalu ketika bermain seorang diri dalam bilik di rumah neneknya yang terletak di sebelah rumahnya.

Kejadian pada pukul 7 pagi itu menyebabkan Ahmad Asri mengalami koma lebih sebulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Apabila dia sedar, Ahmad Asri tidak mampu bergerak, bercakap atau makan sendiri. Ibunya, Noramali Ahmad, 27, berkata, Ahmad Asri adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Menurutnya, Ahmad Asri hanya mampu menangis dan sering mengalami kekejangan otot yang menyebabkan seluruh badannya, terutama tangan menggigil.

Lebih menyedihkan ialah Ahmad Asri akan mengalami kecacatan kekal akibat patukan ular di sebelah kanan kepalanya yang kini meninggalkan kesan luka sebesar lapan sentimeter. Kanak-kanak itu tidak boleh diberi makanan pejal sebaliknya hanya minum susu menggunakan tiub 'nasogastrik' yang disambung melalui hidung terus ke perut sehingga usianya enam tahun.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, Noramali yang sedang memangku Ahmad Asri bertambah cemas apabila anaknya itu tidak bergerak-gerak dan mendapati jantung anaknya telah terhenti. "Setiba di HTF, doktor terus memasukkan dia ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mengesahkan jantungnya terhenti selama 15 minit," katanya. - utusan

-- Semoga si ibu dan keluarga mereka tabah melalui dugaan sebegitu..

Tuesday, August 17, 2010

Dunia Semakin Kejam

“Saya tidak akan maafkan perbuatannya sampai bila-bila. Apa yang dilakukannya kepada saya dan anak terlalu kejam. Malah, Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, juga memberitahu dia tidak sayangkan ayahnya lagi,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, yang menjadi mangsa simbahan asid oleh suaminya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, awal pagi semalam.

Ahmad bertanyakan sesuatu kepada Nurul Dahyatul Fazlinda yang parah di muka akibat disimbah asid oleh bapanya sambil diperhatikan oleh Che Ku Zaimah di HSNZ, semalam - bharian





Kenapa perlu sekejam itu????? Anak kecil x berdosa jadi mangsa..

FINALLY, KAU MILIK KU..

Salam.. Testing2 1 2 3.. Suka cita dimaklumkan kini bersiaran secara langsung dari new lappy Compaq, finally..hehe.. Syukur Alhamdulillah, berjaya dimiliki juga lps hampir 2week bagai 'hilang seri' ini blog..sopp..sopp.. Dan kini tdk lagi ye, back on track..hopefully la kan..

Tq byk2 uols yg still sudi dtg sini although blog ni dlm mode on off ye.. Pasni akan kembali ikut 'schedule'..ahaks.. Sila jgn jemu klu ada n3 berderet ye uols..

Ok lah, hati ini sedang berlagu riang, need more time nk explore lappy ni jap.. Visit uols soon ok..

Tempat Hijau Atau Biru? Penting Sgt Ke?

Salam.. Dh hari ke 7 kan puasa hari ni, kejap je berlalu. Cmne dgn schedule uols? Apa yg berubah selain dri xtvt makan2? hehe.. Pepun yg uols bt, semoga segalanya berjalan dgn lancar ok.

Xtvt terawih tpt uols cmne? Tentu best kan dpt bt ibadah dgn lbh baik di bulan yg mulia ni. Kebtulan area umah I ni ada 2-3 masjid berdekatan, pilih je yg mana nk gi. Kdg2 kedengaran gak ada jiran yg tya hubby,' Mlm ni terawih kt tpt 'hijau' ke 'biru'? Huhu.. semua tpt utk beribadat, x perlu lah ada apa2 sentimen plak kan..

Heran gak nape still perlu fikir benda2 cmtu pdhal utk ke tpt beribadat. Cukup2 lah gunakan masa di waktu yg lain kan. X yah ekstrem sgt, agak2 lah. huhu..

Sekian cer di tghari nih..hehe..

Monday, August 16, 2010

HP, DELL, ASUS, ACER Or Compaq, Mana Best?

Salam.. Rindu btul kt blog ni. tp apakan daya, masa still mencemburui..huhu.. Xtvt jeling2, tgk2, usha2 new lappy still in progress. W/pn dh ada yg berkenan, tp blom msk part 'bertunang' namun x mustahil jika terus ke xtvt 'melamar' si cute miut HP, Dell, Asus, Acer or Compaq. Agak sukar nk bt pilihan..chewahh.. Tq pd kengkawans yg sudi bg tips pasal lappy tu, budi baik uols amat dihargai..TQ2..

Tanpa lappy di sisi, rasa terbuang je masa kt ofis tika xde class or xtvt lain..huhu.. Semoga ada rezeki utk miliki new lappy by this week, Insya Allah. Rindu nk terjah blog kengkawans yg dh berduyun n3 tu, sori teramat frens coz ketinggalan cer uols. Harap2 dpt cover blk pasni, coz dunia tanpa blog...sunyi beb...

Ok la frens, jumpa lagi ye.. Adios...

Tuesday, August 10, 2010

I'M BACK BUT..

Salam.. Dh 5hari xde update blog ni, sgt2 tensen bila x dpt on9..huhu.. gara2 laptop ku dh badly damaged coz screen blank beb, hantar kedai kata need rm650..alahai baik bli baru la kan. Mula2 tu igt kena virus ke apa, tetiba je blank pepun seb baik segala audit maudit tlh diselamatkan.. Klu x, lu pikir la sndri..huhu.. Kbtulan kt ofis plak agak kesuntukan masa utk berblogging skang ni, x dan la nk 'bermewah mewahan' dgn n3 blog. Harap maklum..chewahhh..

Misi 2-3 hari ni ptg2 survey new lappy plak. Alahai nk masuk dlm bajet puasa raya gak benda ni pn..redha je la kan. Hanim pn dh asyik tya,' Bila papa nk bli laptop bru mama? Hanim nk tgk Thumbelina nih, byk hari dh x tgk'. - Uhuk, bertuah ada anak tlg igtkan papa dia kan..kui3..

Ok lah, dikesempatan ini nk ucapkan selamat berpuasa utk uols.. Semoga puasa tahun ini kita dpt tingkatkan kualiti ibadat n berusaha ke arah kehidupan yg lbh diberkati, dirahmati dan paling penting diterima Allah Taala, Insya Allah.

-- Nk tya uols, apa cadangan laptop yg bagus? Dri segi brand, harga, kualiti n jangka hayat? Tq2 uols.

Thursday, August 5, 2010

Apa Itu Somtam? Uols Biasa Makan X?

Salam.. Uols penah makan 'somtam'? Biasa kt kedai Thai food je yg ada jual kot.. Best btul makan time tensen, penat, serabut or sewaktu dgnnya. Rasa nya ada macam2, mmg bleh bt mood kembali normal, bg i la..hehe..


Masam manis semua ada, sgt sedap..walaweh.. Jom2 uols pekena somtam..