BALING 12 Okt. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini hari ini. Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.
Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya. Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu. Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supt. Mohd. Daut Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat.
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman. - Utusan
2 comments:
lagi kes buang bayi...nasib baik masih hidup dan cepat ditemui . kesian bayi yg tak berdosa...mak ayah tak bertanggungjawap patut dihukum seberat2nya...
x serik..x pernah dijadikan ikhtibar org terdahulu demo nih
kasi buang demo bogel2 tgh utan tuh..kasi rimau makan biar dia tau betapa teseksa nye baby yg dibuang tuh
uhh kejam dok pendapat ambo?
Post a Comment