KEMAMAN – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa Sabariah Mansor, 42, ibu kepada bakal pengantin yang hilang, Rozaliya Mat Lazim, 20, apabila dia kini terpaksa menanggung kesakitan selepas dipatuk ular malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam ketika Sabariah bersama keluarganya baru pulang daripada menemui seorang pengamal perubatan tradisional di Kuala Kemaman untuk mencari anak perempuannya yang hilang.
Rozaliya yang dijadualkan berkahwin pada 12 November ini hilang sejak 13 Oktober lalu ketika keluar membeli barangan keperluan perkahwinan di Kuantan. Menurut Sabariah, setiba di rumah, kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit seperti digigit sesuatu ketika hendak menaiki tangga untuk masuk ke rumah. Selepas diperiksa, katanya, ada kesan darah di kaki dan dia ternampak kelibat seekor ular dipercayai ular sawa tikus bergerak pantas keluar membeli barangan keperluan perkahwinan di Kuantan.
Menurut Sabariah, setiba di rumah, kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit seperti digigit sesuatu ketika hendak menaiki tangga untuk masuk ke rumah. Selepas diperiksa, katanya, ada kesan darah di kaki dan dia ternampak kelibat seekor ular dipercayai ular sawa tikus bergerak pantas keluar dari kawasan rumahnya.
Akibat dipatuk ular, kaki saya bengkak dan bertukar menjadi kebiru-biruan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam. - kosmo
2 comments:
cam ader yg x kena jerk nih... ker kebetulan?...
Datang baca cerita ular...
jom tukar2 link
www.mamawanie79.blogspot.com
Post a Comment