ad ld

Thursday, January 31, 2013

Balik Sekolah Jom KFC

Hai semua kawan kawan Mama. Saya dah balik sekolah dan sempena hari ni Khamis esok dah cuti, saya nak makan Kfc boleh tak? Dah banyak hari saya tengok kat tv asyik iklan kfc je, terliur la kan. Tapi Papa saya cakap start tahun ni kena kurangkan makan fastfood, camne ek? Ada ke rezeki saya hari ni?


Please la Mama Papa, nak kfc ye sebab saya behave je kat school hari ni. Cantik tak saya pakai tudung ni aunty2 sekalian? hehe.

-- Mee Udang Pulau Sayak Kuala Muda, Sedap Dan Murah
-- Siakap Asam Boi Restoran Di Sayang 

Dataran Jam Besar SP Ada Yong Tau Fu Sedap

Cerita pasal makan lagi la aktiviti harian balik kerja ni. Semalam tetiba rasa nak makan yong tau fu plak, terus ke food court Dataran Jam Besar. Mulanya agak frust coz kedai fevret tu tutup, pastu jalan ke depan skit nampak ada satu kedai lagi. Belum penah try makan lagi kat kedai tu, tapi alang2 dh sampai try je lah kan.


Hanim macam biasalah mesti nak ada fish ball dan encik crab frankfurter. Papa dia kata nampak Hanim macam lapar je tu, so tambah menu lain plak nasi ayam dan char kuey teow. Nyum nyummm..best.

Hari ni belum datang lagi idea nak makan apa petang nanti. Dapat cheesy wedges KFC best gak kan..hehe.

-- Steamboat Uptown Yang Diidami

Wednesday, January 30, 2013

Steamboat Uptown Yang Diidami

Steamboat Uptown ni memang femes kat sini. Sedap dan murah, kombinasi yang baik dalam amalan pemakanan kan..hehe. Lokasi kedai steamboat ni tepi Balai Bomba SP dan area Kompleks Cayman. Waktu operasi kul 9.30malam ke atas (kata uptown kan) pastu ada weekend je kot ( Jumaat,Sabtu,Ahad).


Biasa singgah sini hari Jumaat or Sabtu (tengok mood la dulu nak kuar jalan2 malam). Tu pun sebab dekat dgn umah dlm 15minit je. Best jugak meronda kat Uptown tu, ada macam2 jualan. Pakaian, tudung, makanan, barangan antik, hiasan rumah n many more lah.

Lepas puas menapak sana sini tu, barulah singgah pekena steamboat ni. Refill tenaga katakan..hehe. Habis dah belasah kat kedai tu sepinggan dua, bungkus bawak balik plak. Nyummy..memang banyak betul makan lately. Doktor yang suruh, nak bt camne kan..ekekeke.

Tuesday, January 29, 2013

Dewan MPSP Tikam Batu Kenduri Di Weekend Itu

Kenduri byk betul weekend lepas. Merata gak la sekitar SP ni, Sg Lalang, Bedong, Taman Ria, Taman Sejati dan lajak ke Tikam Batu, Dewan MPSP dekat Balai Bomba Tikam Batu. Asal nama Tikam Batu? Ntah la, camne agaknya boleh kuar nama tu kan, mesti ada sejarah tersendiri kot.


Lately ramai pengantin lebih suka buat kenduri kat dewan or hotel kan. Tempat selesa, parking pun senang, pilihan menu ada pelbagai dan berhawa dingin. Hanim makan nasi hujan panas berlauk ayam masak merah dan daging gulai. Kambing golek pun ada tapi Q memang panjang berjela la beb. Lepas makan utk kali ke berapa ntah hari tu (malas nak kira), igt nak bakar lemak plak jalan jalan ke Pantai Merdeka sbb dah dekat area tu, tapi sampai separuh jalan je.

Tetiba,' Be, jom ar balik, rasa xde mood plak nak gi pantai'. Huhu, boleh tak camtu? Mood orang pregnant kan, jap itu jap ini..ekeke.. Thanks to En.Ery sudi layan mood bini dia ni. Redha je lah katanya..kui3..

- Tikam Batu ni dekat dgn Sekolah Pekula Jaya, sekolah Datuk K. Masjid sponsored by Datuk K n Datuk Siti Nurhaliza pun x jauh dari situ.

Friday, January 25, 2013

Amanjaya Specialist Centre Routine Check Up Pregnancy

Hari ni ada routine check up kat Amanjaya Specialist Centre plak. Kandungan dah masuk Trimester ketiga ni jadual check up pun makin kerap la. Mana tak nya, pagi rabu tu ke Hospital Sultan Abdul Halim utk appoinment detailed scan, lepas tu ke Klinik Ibu dan Anak plak. Hari ni ke Amanjaya, daftar mcm biasa dan tgk org dh agak ramai maybe sbb weekend kot.


Agak cuak gak la kalo lama coz Papa kena rushing gi solat Jumaat plak kan. Tapi duduk x sampai 5 minit, nurse dh panggil nama. Wah cepat plak hari ni walaupun ada ramai yg menunggu. Seb baik dah buat appointment awal2..hehe. Doktor scan macam biasa, dua dua baby ok je. Berat normal, tumbesaran pun ok, Alhamdulillah. Lepas scan dan consultation lebih kurang 30 minit, doktor bagi tarikh datang scan 2 minggu lagi plak. Ok tq doc.

Keluar dari situ igt nak singgah Amanjaya Mall @ Cmart shopping mall yg baru beroperasi kat SP ni tapi takut lambat plak dh tengahari. Terus gi lunch je lah kat Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang pastu baru balik umah. Rehat2 jap petang ni ada kenduri plak. Ok uolls happy weekend ye.

-- Scan My Twins Detailed Scan At Hospital Sultan Abdul Halim

Wednesday, January 23, 2013

Scan My Twins Detailed Scan At Hospital Sultan Abdul Halim

Pepagi dah check in Hospital Sultan Abdul Halim ada appointment detailed scan dgn doktor pakar OnG. Detailed scan ni lain skit dgn scan biasa coz doktor pakar akan tengok lebih teliti mengenai kandungan kita.


Proses scan juga mengambil masa agak lama around 30-40minit setiap sessi. Lenguh menunggu woo, pepun syukur dgn kemudahan yang ada compare dgn masa pregnant Hanim dulu. Alhamdulillah.

Ok uolss, nombor dah panggil tu, nanti sambung balik ok.

--  Siakap Asam Boi Restoran Di Sayang

Tuesday, January 22, 2013

Siakap Asam Boi Restoran Di Sayang

Siakap asam boi Restoran Di Sayang ni memang fevret Hanim la. Jadi kena masuk list gak untuk kunjungan bersama Makngah dia. Hari tu order siakap asam boi, ayam masak halia, telur dadar n sambal belacan. Memang best. Selain makanan sedap, service pun cepat kat restoran ni. Harga pun ok je, contohnya menu ni around RM50++ je.


Masa M.ngah ada memang Hanim asyik berkepit dgn dia je lah. Suka sangat Hanim. Maybe sebab siblings sebelah Papa semuanya lelaki, tu yg Hanim rapat dgn sisters Mama kot. Feminin katakan.hehe.


Senyum je Hanim dah terhidang menu fevret dia kan. Tunggu sejuk skit baru la boleh start makan, panas lagi tu..kih3.

-- Lisa Surihani Hilang RM50 Ribu Dalam Akaun Bank
-- Perodua Panggil Balik Semua Myvi Baru Ganti Lajur Stereng EPS

Monday, January 21, 2013

Durian Crepe Sangat Sedap Dapat Free Bertambah Sedap

Durian crepe masih menjadi menu idaman ramai terutama di hari minggu bersama keluarga kan. Makan diringi sama cekodok pisang dan milo ais memang terbaik la beb. Durian crepe mudah dapat kat sini ramai yang jual.

Alhamdulillah rezeki Hanim jugak selalu dpt makan durian crepe free coz ada officemate bisnes tu suka bagi free. Kadang2 ada gak my students yang bagi. Dapat benda sedap camni for free memang happy la kan..hehe.


Hanim tengah ambik bau dulu tu, katanya macam sayang je nak makan durian crepe ni cantik sangat la mama. Alahai.

-- Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir Jozan Juara Raih RM500 Ribu (Gambar)

Saturday, January 19, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir Jozan Juara Raih RM500 Ribu (Gambar)

Tahniah JOZAN aka Johan dan Zizan muncul juara Maharaja Lawak Mega 2012 dalam peringkat akhir yg berlangsung di Johor Bharu. Johan kembali menyertai Zizan setelah tidak dapat bersama sblm ni kerana jalani pembedahan lutut. Kejayaan bergelar Juara membolehkan Jozan meraih hadiah wang tunai RM500 ribu dan hadiah iringan lain.


Tempat kedua dimenangi Jambu dianggotai Yus dan Tauke membawa pulang hadiah RM250 ribu, pakcik kayo la tu kan..huhu..

Tempat ketiga diraih Shiro, tempat ke 4 pula Boboi dan kelima ialah Saywho. Tahniah untuk mereka semua. Persembahan yang menarik dan hebat.

-- Maharaja Lawak Mega Final Jozan Video Jom Tengok
-- Video Jozan Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011

Thursday, January 17, 2013

Perodua Panggil Balik Semua Myvi Baru Ganti Lajur Stereng EPS

Perhatian pemilik MYVI baru terutama keluaran antara Mac 2011 hingga Mac 2012, Perodua panggil balik semua 74,000 unit untuk penggantian lajur stereng elektronik EPS. Tujuan penggantian untuk memastikan prestasi optimum kenderaan masing masing.



Para pelanggan dinasihatkan membuat temujanji terlebih dahulu dgn pusat servis berdekatan untuk memudahkan urusan penggantian tersebut. Ok uolss yang ada Myvi berkenaan, sila take noted ok.

Wednesday, January 16, 2013

Listen Let Me Speak Bawani Vs Sharifah (Video) Jom Tengok

Listen Listen Listen Let Me Speak jadi tagline femes hari ni. Kat facebook status update apa je boleh kata ada ayat ni. Contoh,' Listen listen listen hujan dah turun. Listen listen listen assignment blom siap. Hehe. Pastu kalo tengok kat youtube ada macam2 versi video Bawani vs Sharifah ni. Lagu parodi Justin Bieber pun ada..perhh. Yang 1st ni gambar, bawah tu baru video ye.


Apa agaknya yang menarik sangat pasal video ni ya? Jom tengok apa cer. Terlibat juga jerung, lembu dan kambing pun ada beb.


Best tak uollss?

-- Datuk Siti Nurhaliza Bertudung Litup Di Ulang Tahun Kelahiran Ke 34 (Gambar)
-- Facebook Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah - SPRM

Tuesday, January 15, 2013

Ibu Mengandung Mengidam Durian Belanda

Alhamdulillah dah dapat makan durian belanda ni di saat fenomena durian crepe kan. hehe. Sebenarnya timbul keinginan nak makan durian belanda ni lepas baca beberapa artikel pasal kebaikan durian belanda dari segi kesihatan. Masa tu kat ofis, terus call my hubby minta kat dia,' Nanti kalo ada org jual durian belanda tlg beli Be'.


Agak lama gak misi mencari benda tu, byk gak la kuar masuk shopping malls, pasar tani, pasar malam tapi xde jugak. Balik kampung Kelantan pun belum ada, maybe luar musim kot. Tak la beria sangat pun tapi selalu gak teringat..boleh tak cmtu? Hehe.

Akhirnya rezeki merasai durian belanda datang jua. Masa tu on the way ke ofis, tetiba hubby cakap,'Tu durian belanda kan, bila plak ada org jual buah kt situ? Ha a la, tu lah durian belanda, bestnya Alhamdulillah dh jumpa.

Masa beli tu sempat la tya pakcik tu,' Bila pakcik start jual kat sini, x penah jmp pun sblm ni? Pakcik tu jawab,'Baru start semalam'. Betulla kata orang kan, kalo dh memang rezeki kita lambat ke cepat ke dapat la tu. Alhamdulillah.

-- RM14 sekilo, mmg best dpt makan ni, berbaloi baloi gitu..hehe.

Saturday, January 12, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 Stadium Merdeka (Gambar)

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 di Stadium Merdeka 12.1.12 Sabtu. Jom layan gambar.




-- Gambar Bersih 3.0 Duduk Bantah, Kereta Polis Terbalik
-- Sembilan Tahanan Penjara Pulau Pinang Lolos Lepas Pukul Polis Dalam Van

Thursday, January 10, 2013

Mee Udang Sedap Sg Petani @ D'King Mee Udang

Mee udang banyak dijual di Sg Petani dan antara yang best di D'King Mee Udang Banjir. Memang sedap beb. Boleh kata hampir setiap minggu ke situ, Hanim pun suka sbb ada udang besar2 dlm mee n byk plak tu. Walaupun Mee Udang Pulau Sayak Pantai Merdeka yg paling power setakat ni , tp agak jauh nk pegi woo, D'King ni plak tepi jalan laluan balik keje..hehe.


Ekceli ni masa Makngah my sister datang Kedah last month. Saja nak mai lepak dgn anak saudara dia cik Hanim tu 2-3 hari. Bukan main happy lagi Hanim tau M.ngah dia nk datang. Macam2 dia plan nk buat dgn M.ngah, nak main masak2 la, nak baca buku cerita hadiah besday la n paling x tahan ayat dia, Nak bawa m.ngah gi jalan2..kih3.


1st day M.ngah smp terus bawa gi makan mee udang ni. Memang mabelesss katanya, xde kat K.L. Ehh boleh buat testimoni tu..hehe. Mee udang untuk 4 orang + 2 jus epal + 1 horlick harganya x sampai pun RM50. Murah kan?

Sesape yg sampai SP, boleh la try ni. Lokasi lepas kuar tol SP Selatan, dekat dgn Giant. Nak parking pun senang. Wah dah macam buat iklan free dah kan. kui3.

-- D King Mee Udang Banjir Sg Petani
-- Mee Udang Pulau Sayak Kuala Muda, Sedap Dan Murah

Wednesday, January 9, 2013

Spotcheck Hanim Di Sekolah Barunya

Ini citer Hanim kat sekolah baru nya, hari kedua masuk darjah 1. Hari tu smp school 7.20am, tggu till 7.35am tgk Hanim beratur bersama semua murid darjah 1 ikut kelas masing2 sblm naik ke kelas di tingkat 3. Tinggi tu penempatan murid darjah 1. Pastu jumpa cikgu, katanya masa rehat kul 9.45am boleh la datang tgk plak.


9.40am kembali ke sekolah tu, En Ery kata main sorok2 skit, perhati dulu Hanim dari jauh tgk cmne dia boleh berdikari ke tak. Duk intai2 kat kantin tu lama gak coz murid darjah 1 ramai ada 4 kelas. Pastu En Ery kata tu Hanim duk Q beli something tu. Amboi gegirl mama dh pandai beli kat kantin baru hari kedua school. Siap beli nasi ayam tu. Pastu nmpk dia letak nasi kt meja then gi sinki basuh tangan. Tadah tangan baca doa baru makan. Alhamdulillah, rasa nak menitis air mata tgk moment tu, dh besar gegirl mama papa, dh pandai berdikari dan berani. Well done Hanim.


Pastu baru mama papa gi dekat Hanim, mama tutup mata dia dgn tangan dari belakang. Terkejut dia tgk kami datang. Spontan dia,' Hai mama papa. Nape mama papa datang plak ni? Hanim ok je la kat school ni. Jangan la risau. Mama Papa pergi la balik.

Amboi2 siap suh mama papa dia balik. Bertuah betul ini budak..hehe. Jadinya 10am kami balik, dgn perasaan gembira dan syukur Hanim berjaya suaikan diri di sekolah barunya. Tak la seperti stigma biasa orang kata, anak sorang selalunya berperangai manja over kan..hehe.


Dan balik plak kul 1 ada upahnya,' Mama Papa, Hanim behave kat school hari ni kan, nak KFC boleh tak? Redha je lah.  - Camne persekolahan anak uolls?

-- Tahun Baru 2013 Hanim Imej Baru
-- Sekolah Rendah Darjah 1 Hari Pertama Hanim

Tuesday, January 8, 2013

Sembilan Tahanan Penjara Pulau Pinang Lolos Lepas Pukul Polis Dalam Van

Takut woo mcmane boleh jadi cmtu agaknya. Memang tindakan nekad tu siap pukul polis dan larikan diri gunakan van polis dgn membawa bersama dua anggota polis pengiring.

- Sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini, meloloskan diri dengan melarikan van polis dalam kejadian pukul 9.30 pagi Isnin.

Dalam kejadian berhampiran Pantai Bersih, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) itu, mereka turut melarikan dua anggota polis pengiring sementara dua lagi iaitu pemandu dan yang duduk di sebelah pemandu dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Menurut jurucakap polis, seorang tahanan dipercayai bertindak memukul anggota polis yang memandu van itu dari arah belakang, memaksanya berhenti di tepi jalan.

"...pemandu dan yang duduk di sebelah pemandu kemudian ditolak keluar daripada van itu sebelum seorang tahanan yang dipercayai garinya telah terbuka bertindak memandu van tersebut dan membawa dua lagi anggota polis yang duduk di belakang," katanya kepada pemberita.

Polis menemui van itu ditinggalkan di Padang Cempedak, iaitu kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian, katanya menambah polis kini menjejaki sembilantahanan dan dua anggota polis yang dilarikan berkenaan. mstar

-- Facebook Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah - SPRM
-- Rebat RM200 Beli Telefon Pintar Tiada Had Harga

Monday, January 7, 2013

Dewan IPD Kuala Muda - Jom Gi Kenduri

Mula cuti sekolah till minggu ni kenduri kahwin masih rancak berlangsung. Banyak tambah lemak woo asyik makan je kan. Dah buka sekolah ni reda lah skit majlis kenduri, kalo x, boleh kata setiap hari minggu ada jemputan.

Kalo dalam satu hari ada 1-2 jemputan ok lagi, tp sesekali ada 4-5 tempat kenduri letih gak nak hadiri semua kan.

Weekend hari tu gi kenduri di Dewan IPD Kuala Muda Sg Petani. Check point pertama la kiranya utk hari tu, kebetulan plak menu best makan pun banyak la..hehe. Ada ayam masak merah, daging gulai n paling hot kambing golek beb. Menu sampingan plak laksa, bubur, kuih muih n ais kacang. Amacam mabeles tak? Best kan.

Dah kenyang melantak kat sini nampak gaya minum air sajalah di next check point nanti..hehe.

Anugerah Juara Lagu 27 Keputusan Penuh

Terukir Di Bintang ciptaan Yuna bergelar Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu AJL 27. Tahniah untuk Yuna, terbukti lagu ciptaannya turut diiktiraf dalam negara sendiri walaupun Aizat menyanyikan lagu ni wakili Yuna kerana Yuna berada di Amerika Syarikat.

Tempat kedua dimenangi lagu Idola nyanyian Azlan and The Typewriter. Lagu Ku Akui ciptaan Ajai dan dinyanyikan Hafiz AF menang tempat ketiga.

Vokal Terbaik turut dimenangi Hafiz sekali lagi mengulangi kejayaannya dalam AJL 26 tahun lepas.

Persembahan Terbaik pula dimenangi lagu Teman Pengganti ciptaan Malique dinyanyikan Black.

Tahniah untuk mereka semua.

-- AJL 25: Faizal Tahir, Perform Hanyut Mmg Best Gilerrr..
-- Facebook Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah - SPRM

Sunday, January 6, 2013

Facebook Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah - SPRM

Perhatian para peminat tegar Facebook, sila baca ni ye. Dah kuar statement ni daripada SPRM nih. Jom tengok apa cer.

Penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melayari media sosial atau melibatkan diri dalam hal-hal peribadi semasa waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai mempunyai rasuah komited, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sebagai contoh, jika seseorang menghabiskan tiga jam semasa beliau ditetapkan waktu bekerja untuk tugas-tugas peribadi, ia boleh disifatkan satu bentuk rasuah sebagai Kerajaan terpaksa membayar pekerja untuk menggunakan sepenuhnya tempoh bekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing, " kata SPRM Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Sutinah Sutan.

Thursday, January 3, 2013

Sekolah Rendah Darjah 1 Hari Pertama Hanim

Dunia baru bagi Hanim masuk alam sekolah rendah dh tahun 2013. Cepat masa berlalu, dh darjah 1 rupanya my gegirl ni. Persiapan persekolahan nasib baik beli awal2 lagi bulan 12, x la kalut di saat saat akhir sekolah nk buka kan. Alhamdulillah, urusan pendaftaran selesai dgn mudah dan Hanim pun sporting ok je masuk kelas.


Kul 8.30am mula sessi pendaftaran. Ada banyak gak la form yg kena isi itu ini. Taklimat ringkas drp para guru buat kat kantin sekolah. Parents dan anak2 lps tu diminta ke kelas mengikut senarai nama yg ditampal di papan kenyataan. Tengok2 kelas Hanim kat tingkat 3, perhh tinggi tu nak naik sambil bawa twins dlm perut yg dh 7 bulan lbh ni..huhu. Alhamdulillah dgn jayanya smp ke kelas semangat nk tengok anak sekolah..hehe.


Lepas bayar yuran, diberi banyak form lagi utk diisi, dpt buku teks y dh dibalut, last year punya la tu kan. Ok gak tu, x yah balut buku dah kira settle satu keje kan..hehe. Tengok Hanim relaks je senyum2 dalam kelas, happy sgt katanya school ni ada ramai kawan. Study elok2 ye Hanim, semoga jadi anak yg solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

-- Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Ini Lbh Baik Drp Tahun Lepas, Well Done Hanim
-- Lodeh Mak Lodeh Jom Menari Bersama Hanim @ Tadika Najiha 2012

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru 2013 Hanim Imej Baru

Tahun baru 2013 dah muncul, meninggalkan 2012 dengan pelbagai kenangan pahit manis yang telah dilalui. Masa begitu cepat berlalu dari setahun ke setahun dan bermula 2013 juga Hanim melangkah ke alam sekolah rendah. Ehh rasa mcm semlm je baru tengok dia baby..huhu.


So untuk memudahkan urusan pepagi ke sekolah, Mama n Papa rasa maybe lebih baik Hanim berambut pendek skit. Luckily Hanim setuju nak potong rambut dia yg dah disimpan panjang since dia baby  lagi tu. Apa lagi terus ke salon la jawabnya, mau 2jam lebih gak nk siap semua sekali tu. Good girl la daughter mama ni, relaks je asal cantik katakan. Alahai.



Papa turut teruja tgk gegirl dia cuci rambut,' Dah besar dah daughter papa ni', katanya. Nape, mcm x caya plak kan..hehe.

Ok la uolss, Selamat Tahun Baru 2013, semoga kehidupan kita semua akan lebih baik dari segala segi di tahun ini berbanding tahun tahun yg lalu. Insya Allah.

-- From LCCT To Penang, TQ Air Asia