ad ld

Tuesday, November 30, 2010

(Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

Tak tahu nak kata apa.. Terkejut, sedih bila seorg isteri diperlakukan sebegitu rupa..

SHAH ALAM: Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.


Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

--(Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Mangsa Mungkin Masih Hidup Ketika Mulut, Hidung Ditekup Pita Pelekat 

Monday, November 29, 2010

Sizzling Chicken Noodles Sgt Lah Mables..

Salam.. Semlm hujan lebat giler kt sini, lama plak tu ada la 2-3 jam non stop. Biasa la waktu hujan, selera pn mcm2 kan, nak makan tu la nak makan ni lah..hehe.. So mama tetiba nk makan chicken noodles..My hubby plak tingat nasi ayam. Best tau.. Jom kita tgk..


Nak tgk lg dekat.. Zoommm skit...

Sizzling Chicken Noodles.. Mables uuuu.. Tp hanim plak tetap suka makan nasi ayam dgn papa nya.. Anak papa katakan..huhu..

-- Hari ni rasa nk makan laksa or bihun sup sebelah Petronas Bakar Arang plak.. Harap2 masih ada stok lg lunch hour nti..

Bila Jalan Sg Petani Dh Pandai Sesak

Salam.. Lately pepagi kena turun awal skit, coz area bandar sini dh 'pandai' jem.. Klu nk lbh advance, kena hafal schedule train lalu..ahaks..

Sblm ni ada la gak jln alternatif nk elak Q lintasan train tu, tp skang bleh kata semua jln 'under construction' n kena redah gak.

Penah free2 je 20minit duk Q kt situ, seb baik x lewat msk ofis.

Nmpk mcm lambat lg nk siap jambatan asal tu..huhu..

-- Tu la picca jln hari2 kena Q every time train lalu..

(Gambar) Kereta Mercedes Jatuh Longkang Pemandu Maut Sakit Jantung

KUALA LUMPUR - Seorang usahawan dari Shah Alam dipercayai maut akibat serangan sakit jantung selepas terlibat dalam satu kemalangan di kawasan perumahan Kajang Utama dekat sini malam tadi.

Tan Shik Cin, 41, yang terbabit dalam kemalangan apabila keretanya terjunam dalam longkang sedalam 20 meter setelah kereta yang dipandunya terbabas, dipercayai mati di tempat kejadian, menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar kepada Bernama di sini hari ini.

Sunday, November 28, 2010

(Gambar) Barack Obama Kena 12 Jahitan Di Bibir Cedera Disiku Pemain Bola Keranjang

WASHINGTON: Rumah Putih melaporkan bahawa Presiden Barack Obama menerima 12 jahitan pada bibirnya selepas mengalami kecederaan ketika menyertai satu permainan bola keranjang.

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs, berkata Presiden Amerika Syarikat itu secara tidak sengaja kena siku seorang pemain dalam kejadian semalam.

Saturday, November 27, 2010

Semlm Ziarah K Ros Di Putra Medical Centre Alor Setar

Salam.. Semlm gi Alor Setar, mcm biasa every week ziarah my friend K Ros kt Putra Medical Centre tu. Alhamdulillah, kesihatannya makin baik, dh boleh cakap, ingatan pn makin pulih since terlantar kt hospital lbh sebulan yg lalu.

Gembira tgk perkembangan kesihatan K Ros tp sedih pn ada coz dia kdg2 ingat kdg tak. Mula2 smp, trus berbual dgn dia, nmpk air muka nya ceria bila ada kwn dtg melawat, trus dia peluk ucap tq coz wani sudi dtg. Itu maknanya dia dh kenal org, siap cakap 'Hai Hanim, Ery'.

Tp lps hampir setengah jam berbual, mak dia tya K Ros sapa nama kwn sdg sembang tu, dia jwb tak tahu. Mak dia cakap,' Tu Wani la, setiap minggu dia dtg melawat sini. Tp K Ros jwb, 'Bukan wani lah, Wani x penah mai pn'.

Bukan sedih dia x igt mama, tp sedih coz ingatan nya blom pulih 100%. Sama2 lah kita doakan agar K Ros kembali pulih spt biasa dan jalani kehidupan ini dgn penuh kegembiraan..

-- Picca tu Masjid Zahir Alor Setar, singgah solat Asar jap. Cantik kan design masjid tu.

(Gambar) 3 Lelaki Dituduh Menyamar Polis, Culik, Rogol, Rompak Gadis Di Rawang

SHAH ALAM 26 Nov. - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melarikan seorang gadis di sebuah rumah tumpangan sebelum merompak mangsa pada akhir September lalu.

T. Karthik, 23, S. Ramesh, 27, dan P. Kumaran, 27, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.

Mereka didakwa melarikan dengan niat untuk memaksa gadis berusia 21 tahun itu melakukan persetubuhan haram di tangga Rumah Tumpangan Rawang, No. 111R, Jalan Maxwell, Bandar Rawang, Gombak dekat sini pada pukul 1.45 pagi, 27 September lalu.

Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa merompak sebuah telefon bimbit, anak kunci rumah tumpangan dan wang tunai RM10 milik mangsa di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di sekitar Rawang pada masa dan tarikh yang sama.

Friday, November 26, 2010

Rumah Baru Dan Cek Nuffnang

Salam.. Ni picca lama, ada la 2-3 minggu lps kot. Cuba uols teka apa benda dlm tu? hehe.. Ekceli satu envelope tu ada cek nuffnang n dua yg besar tu something special utk hanim. Jom kita tgk isinya..


Taraaa.... Ni lah rumah baru hanim..kui3.. Dua skali redeem drp huggies.. Cantik x? Masa isi form hr tu katanya dpt dlm 1-2 bulan, tp cun2 smp b4 besday hanim. Happy sgt dia dpt tu.


Kebtulan dpt big hamper drp mok n aboh pengasuh, lg suka la cik hanim tu..


Skang ni, hanim dh x mau sgt singgah memana bila blk ptg, nk trus smp umah main semua tu..huhu..




-- Nk kumpul point lg, bru dpt redeem satu lg bentuk kereta plak.

(Gambar) Terkini Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Sarawanan Dakwa Dipaksa Mengaku Salah Lupus Bahan Bukti Pembunuhan

SHAH ALAM - Seorang pekerja ladang yang dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memfailkan notis usul bagi mengemukakan bukti baru berhubung dakwaan berlaku paksaan untuk dia mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

Dalam notis yang difail Rabu lalu menerusi peguam A. S Dhaliwal, K. Sarawanan, 19, mendakwa dia dipukul, disepak pada kemaluan dan diugut sehingga menyebabkan dia berbohong mengaku telah melakukan kesalahan tersebut.

(Gambar) Restoran Vegetarian Pamer Logo Halal Palsu Di Jln 8/1E P.Jaya Diserbu

PETALING JAYA 24 Nov. – Tindakan sebuah restoran vegetarian memaparkan logo halal di luar pintu masuk premis itu tanpa sijil yang sah mengundang padah apabila diserbu pihak berkuasa hari ini.

Lebih malang restoran yang diusahakan oleh pemilik bukan Islam itu dan terletak di Jalan 8/1E di sini, difahamkan sering dikunjungi orang Islam terutamanya untuk makan tengah hari.

Thursday, November 25, 2010

(Gambar) Jalan2 Di Kb Mall Kota Bharu

Salam.. Jom layan picca jalan2 di Kb Mall sambil menikmati Sundae Mc Donalds..hehe..




-- Best2..hehe..

(Gambar) Menu Makan2 Birthday Party Hanim Di Aidil Adha

Salam.. Last week ada janji nk publish picca menu makan2 masa birthday party my hanim kan. So hari ni bru dpt upload, jom layan..hehe.. Siap picca sebelum n selepas ye.. Mari kita tengok apa yg ada..


1. Popiah...


2. Ada kata pasta, ada kata macaroni, spirals pepun hentam sajalah asal boleh dimakan..kui3..


3. Puding..


4. Corn flakes..


Last but not least, sausage in d'house.. Masak sendiri je lah, rasanya lg puas hati utk anak kan..


-- Uols tunggu apa lagi tuh? Jom pegi lunch..La la la..

-- Live Dari Kota Bharu: Birthday Party Di Aidil Adha
-- Nak Shopping Pun Kena Ikut Mood Ok!!

Wednesday, November 24, 2010

(Gambar) Wanita Hamil Ditemui Mati Disyaki Leher Dikelar Suami Sendiri

JOHOR BAHRU: Seorang wanita mengandung ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri di rumahnya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram di sini, kelmarin.

Rohana Hamzah, 26, ditemui pemilik rumah yang disewa mangsa dan suaminya dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Tuesday, November 23, 2010

(Gambar) Sejadah Corak Babi

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

(Gambar) Patung Bogel Dijual Secara Terbuka Di Perlis

PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.

Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.

Alhamdulillah, Selamat Smp Kedah

Salam.. Alhamdulillah, dh selamat smp Kedah kul 7pm semlm. Segalanya lancar dan baik spt diharapkan, tq juga pd kengkawans yg sudi turut mendoakan utk kami.. Hujan sgt lebat area Jeli till Grik, berkabus tp seb baik ada Triton jd leader so senanglah skit follow je dia, x lah penat sgt drive dlm hujan kan.


Ni picca jalan Grik - Baling, view sgt menarik kan. Area tu ada signboard mcm Rusa or Kijang melintas. Teruja gak mula2 tgk signboard tu dlu, tp lg teruja campur seram bila tgk ' AWAS! Gajah Liar Melintas!..huhu..

- Ok lah.. Hari ni dh keje beb.. Adios..

Monday, November 22, 2010

Live Dari Kota Bharu: Jalan2 Cuci Mata

Salam.. Still lg kt Kota Bharu, tp ptg ni dh nk gerak ke Kedah. Seminggu berlalu amat cepat, masa isi form cuti hr tu rasa mcm dh cukup 7 hari kan..huhu.. Ok ni picca xtvt semlm, ronda2 sekitar KB. Turun awal dlm kul 9am coz my hubby ada urusan kt ofis CIDB lgpun klu lewat skit je compem jem la KB tu.


Lps settle urusan hubby, trus headed to 'checkpoint'. Picca atas tu bukan nk snap Parkson semata mata, tp tingat duk jalan kaki area tu zaman dating2 dlu..kui3..


2nd picca ni lak Pasar Siti Khadijah, sesape yg 1st time gi situ mesti kagum tgk mostly 90% peniaga nya kaum wanita. Tp yg pasti, uols mesti sedia duit byk2 coz mcm2 ada jual kt situ..huhu..  


Jalan ke KB Mall, agak annoying skit coz byk struktur kiri kanan still in progress. Pepun Kb Mall tetap happening..hehe.. Ok lah, tu je dlu. Line sgt slow, nk upload 3 picca ni pn lebih 30minit..apa daaa..

-- Uols doakan agar segalanya selamat dan lancar perjalanan kami blk kedah ptg ni ye.. Tq.

-- Sori blom sempat bls ziarah n komen uols, mcm Ena, Sarah-Najwan, Eily , Tinie, Syida, Yatie chomeyl n sewaktu dgnnya..

Live Dari Kota Bharu: Berfoya Foya Di Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Salam.. Ptg semlm berfoya foya di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Acara wajib every time blk kg. Bestnya bercanda di tepian pantai kan..ahaks..


Hanim suka sgt main2 kt pantai ni. Lama gak lepak situ. Mama papa dia pn dating2 kt sini la dlu..huhu..


Esok dh nk blk kedah, rasa kejap je cuti seminggu.. Pepun, syukur Alhamdulillah segala yg plan b4 cuti hr tu dh terlaksana. Happy sgt2 blk kg kali ni.

Saturday, November 20, 2010

Live Dari Kota Bharu: Menu Makan2 Di Birthday Hanim

Salam.. Hari ni tersgt lah lewat post n3 kan.. Dh ptg bru dpt online..huhu.. Amat kesuntukan masa, tp akan tetap ada new n3 ok. Ni picca menu makan2 birthday party hanim hari tu. Byk x? Gigihkan diri utk masak semua tu demi doter tercinta kan..ahaks..


Uols layan picca ni je dlu ye. Line sgt lembabon tika ini, lama sgt nk upload picca. Sabar je lah..huhu..

Friday, November 19, 2010

Live Dari Kota Bharu: Birthday Party Di Aidil Adha

Salam.. Hari ni lewat bersiaran coz kebizian daaa... Biasa la aidil adha kt kelantan, masuk ke 2 n ke 3 wajib ada jemputan makan2 x kira pagi ptg siang malam. Acara menambahkan lg lemak..huhu..
Oppss semlm ada bt birthday party utk cik hanim, dh 4 tahun umur my lovely doter. Sekejap je masa berlalu kan, ahaks.. Majlis x lah besar mana pn, just ajak anak2 jiran kt kg mama, Alhamdulillah segalanya lancar.


Inilah picca kek hanim.. Cantik x? hehe.. Pilih punya pilih, ada spongebob, patrick, dora tp yg barbie gak hanim pilih..Feminin la katakan..


Tema masquerade party beb.. Nk upload byk lg picca tp masa x mengizinkan.. Mybe next week bru line clear kot.


Semoga hanim igt sokmo ye special party ni, lovely moment. Sesungguhnya Mama n Papa syg sgt hanim tau. Mmg penat tp berbaloi, puas hati dpt tgk kegembiraan wajah anak kan. Alhamdulillah.

Thursday, November 18, 2010

Live Dari Kota Bharu: Aidil Adha Di Kelantan

Salam.. Nak cer skit xtvt cik hanim di pagi Aidil Adha di Kelantan.. Bgn awal pg td trus cakap nk mandi nk ikut papa gi solat raya.. Masa Aidil Fitri lps pn hanim ikut, so yg ni pn dia pandai nk ikut jugak la..huhu.. Lps siap solat, papa bw gi tgk lembu. Hanim teruja tgk org ramai, siap tya,' Ada pesta ke mama? Alahai..


Posing skit.. Budak2 lain ada yg nangis takut tgk lembu cmtu, hanim plak duk heret tangan papa dia suh gi lg dekat..hehe.. Mula2 tu igt ada seekor je lembu, lps selesai sembelih tu ada seekor lg dibawa ke situ. Makin ramai la org dtg. Kbtulan 2nd lembu tu agak garang n kuat, ramai yg perlu utk pegang tali tu. Tgk tu ramai kan, btul x?


Hanim mmg suka btul td, dpt plak jmp ramai sedara mara papa yg dia kenal. Ramai yg duk gelak dgn telatah dia, sekejap cakap kedah sekejap cakap kelate..hehe.. 'Papa, hangat noh, tak dok umbrella ko? Kui3..

Wednesday, November 17, 2010

Live Dari Kota Bharu: 1st N3 Di Aidil Adha

Salam Aidil Adha utk semua.. Alhamdulillah, dpt hirup udara segar di kg tercinta ini di pagi raya..Syukur dgn nikmat ini.

Pagi ni bru on blog, sori x smpt ziarah blog uols semlm utk wish raya. Bertolak blk kg 2.30pm - 7.40pm, perhh cecah 5 jam gak coz kete byk sgt, start Baling smp la KB.. Hujan pn sepanjang perjalanan, kdg2 lebat sgt smp En.Ery kata klu xde kete lead kt depan tu mybe perlu benti tggu reda skit. Pepun, Alhamdulillah segalanya selamat n baik cuma Q lama skit kt RnR Jeli utk solat Asar.

Plan mlm td nk on blog jap, tp biasa lah klu kt kg, byk cer la bila dh jmp kumpul family ramai2 kan..Ok la uols, solat sunat Aidil Adha kt sini 8.30am. Got to go.. Jmp lg ye..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Tuesday, November 16, 2010

Esok Dh Raya, Jom Balik Kg.. Ho ho ho Balik Kg!!!

Salam.. Uols cmne hari ni, dh start cuti ke? Hmm, saat n3 ni publish, mybe kami dh on the way blk kg.. Raya beb, cuti seminggu..Yahooo.. Ho ho ho balik kg..hehe best2.. Plan bertolak kul 1pm, sebaik habis meeting. Ekceli patutnya Isnin semlm dh cuti, tp ada 'big day' Dato dtg meeting hari ni, tp xpe lah lgpun cuti semlm tu dpt forward lps raya.


Tgk ni, kemas brg2 mlm td, ntah muat ke tak bonet Mr.Perd tu. Mcm2 ada, 2-3 jenis kerepek, kuih muih utk raya nti. Tu brg mainan Hanim, beg pakaian x masuk lg..huhuhu..


Pepun, doakan agar segalanya baik, lancar dan keselamatan perjalanan pergi dan balik kami ye.. Tq uols.

Selamat Hari Raya Aidil Adha Utk Semua..... Take care.