KUALA LUMPUR – “Saya terkilan kerana tidak dapat melihat Inani genggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor.” Demikian luahan sedih Zainal Abidin Ismail (gambar kecil), bapa kepada Inani Zalikha, 23, pelajar tahun empat ijazah bidang perubatan di Universitas Padjadjaran (Unpad) di Bandung yang ditemui mati di rumah sewanya kelmarin.
Menurutnya, kali terakhir beliau bercakap dengan Inani ialah pada 16 Oktober lalu melalui telefon. “Inani merupakan seorang anak yang tidak
mempunyai masalah dalam pelajaran sejak di bangku sekolah lagi,” katanya ketika ditemui di Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, Inani yang merupakan pelajar Malaysia tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) ditemui mati oleh rakan serumahnya di Bandung pada pukul 5 pagi kelmarin.
Sehari sebelum Inani meninggal dunia, dia dikatakan sempat mengadu kepada abangnya, Izzuddin, 24, menerusi laman sosial Facebook bahawa dia tertekan kerana terpaksa menyiapkan banyak tugasan amali. - kosmo
3 comments:
Al fatihah kepada adk inani.
stress rupenye!
Uruchimaru: arwah cuma penat.. dia tidak stress melampau.. kerana arwah sgt ceria org nya..
Post a Comment