ad ld

Monday, October 25, 2010

12 Bas Ekspres Budaya Terbakar Di Kota Bharu, Kerugian Dianggar RM6 Juta

KOTA BHARU, 24 Okt -- Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, Sabtu malam.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang
diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi. Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. - Bernama

No comments: