ad ld

Monday, October 18, 2010

Gadis Bakal Pengantin Hilang Ketika Bli Brg Kahwin Di Kuantan

KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu. Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20,
sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu. Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan. Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu. Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’. Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya. Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan. - hmetro

-- Semoga Rozaliya ditemui kembali dlm keadaan segalanya selamat...

-- Ibu Rozaliya Dipatuk Ular
-- Kes Rozaliya Bakal Pengantin Hilang: Ibu Syak Tunang
-- Terkini Kes Rozaliya Bakal Pengantin Hilang: Ditemui Slmt Di Bukit Bintang, Kerja 2 Hari Di Kedai Serbaneka

3 comments:

LYaFRINA said...

ahhhh.. org kmn???
sgt2 tkejut.. mintak2la smuanya selamat..

ermmm.. kalo kt mydin tu tgh bandar.. mybe lps tu dia lalu kot jln k belakang tu.. sama2 doakan agr smuanya selamat.. amin

mamaarifakeemaisy said...

Ada dgr kt radio pagi tadi..Ya Allah..apa la nasib pompuan tu kan...siannya!

GREENJADE said...

comey lote minah nih

moga2 selamat sumenye..dugaan sblom nikah..aduhhh