ad ld

Monday, October 11, 2010

Gambar Kemalangan Ngeri 12 Maut 40 Cedera Libatkan 2 Bas, 1 Van Dan 3 Kereta Di Km 223 Plaza Tol Simpang Ampat

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad. Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.



Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti. Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - mstar

-- TERKINI : Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Mangsa ialah pemandu bas ekspres R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan). Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat; Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - bharian

-- Ngeri btul...

3 comments:

Syida said...

semoga kita semua dijauhkan dr perkara mcm ni...amin.

TuYa said...

salam kak..
Tuya pun wat n3 pasal ni...
memang mengerikan la kak..
sedih pulak..

takziah utk keluarga mangsa..

Teh Tarik Drinker said...

innalillah...

tehtarikmemoirs.com