ad ld

Friday, March 21, 2014

Anak Rozita Che Wan Dapat 9A SPM 2013 Ammar Effendy

Anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A. Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi , Geografi dan Akaun.


Ammar, 18, yang merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka, berkata, dia tidak sangka  memperoleh kejayaan tersebut, namun percaya berkat dan doa kedua-dua ibu bapanya memudahkannya lagi mendapat keputusan yang cemerlang.

Thursday, March 20, 2014

Maira Elizabeth Nari Anak Andrew Nari Pramugara MH370 Tangguh Ambil Keputusan SPM (Gambar)

Ahli keluarga kepada ketua pramugara penerbangan MH370, Andrew Nari pada Rabu mengesahkan bahawa anak perempuannya, Maira Elizabeth Nari tidak akan mengambil keputusan SPM yang diumumkan pada Khamis.


"Kami telah menghubungi pihak sekolah dan meminta mereka menyimpan dahulu transkrip keputusan kerana kami masih tidak mahu diganggu. "Kami benar-benar menghargai jika semua orang boleh memberikan kami privasi yang sepatutnya pada masa ini," kata ahli keluarganya.

Terdahulu, Maira, menulis di Twitternya: "Keputusan SPM akan keluar esok, dan harap dia (bapanya) akan kembali pada masa itu. Tetapi tidak mengapa. Dia tetap di dalam hati saya." Cuba untuk positif, Maira juga menulis: "Selamat berjaya calon SPM 2013! Mari kita berdoa dan berharap yang terbaik. Beri kebanggaan kepada ibu bapa kita. Percayalah pada diri sendiri, bertindak dan berfikir positif. mstar

--  Suasana Pilu Shalwati Dan Adiknya Shalena Bertemu Di Sweden, Hari Lahir Aishah
--  Anak Perempuan Kapten Zaharie Aishah Di Australia Balik Malaysia
--  Enam Mati Overdose Dadah Di Stadium Bukit Jalil Selepas 10 Minit (Gambar)
--  Fasha Sandha Mengandung Anak Kedua? (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana



Wednesday, March 19, 2014

Suasana Pilu Shalwati Dan Adiknya Shalena Bertemu Di Sweden, Hari Lahir Aishah

Suasana pilu menyelubungi sesi pertemuan semula antara rakyat Malaysia, Salwati Nurshal yang dibicarakan di Sweden atas dakwaan memukul anaknya dengan adiknya  Shalena Hisham Makhzan yang menjaga anak-anaknya buat sementara waktu.


Shalwati dibenarkan oleh mahkamah untuk bercakap dalam pertemuan singkat dengan Shalena walaupun adik-beradik itu tidak dibenarkan membuat sebarang sentuhan secara fizikal. Shalena bercakap mengenai ulang tahun anak sulung Shalwati, Aishah yang berumur 15 tahun.

Tuesday, March 18, 2014

Bayi Melecur Alahan Ubat Meninggal Dunia (Gambar)

Bayi berusia sembilan bulan yang melecur seluruh badan dipercayai akibat alahan ubat yang diberi oleh sebuah klinik swasta pada 16 Feb lalu meninggal dunia pada Isnin. Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia pada pukul 1.25 pagi Isnin selepas 10 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak dimasukkan ke HSB pada 5 Mac lalu.


Bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat 'Sepsis Secondary To Infected Severe Atopic Eczema' (jangkitan kuman dalam darah) atau penyakit radang seluruh badan yang membawa maut disebabkan oleh jangkitan yang teruk.

Monday, March 17, 2014

Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)

Fariq Abdul Hamid yang merupakan pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, merancang untuk berkahwin dengan seorang juruterbang AirAsia. Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan anak perempuan kepada seorang juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau kini bersama dengan ibu Fariq di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur. Akhbar Daily Express dan beberapa portal berita mendakwa bahawa Nadira diberi cuti sebulan bagi membolehkan beliau mengharungi kesedihannya di atas kehilangan teman lelaki yang berusia 27 tahun bersama dengan 11 anak kapal lain dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.

Kapten Zaharie Dan Fariq Ab Hamid Melepasi Pemeriksaan Akhir Di KLIA MH370 (Video)

Juruterbang penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid kini menjadi individu disyaki bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat milik MAS. Hal ini kerana, mereka didakwa telah mematikan Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS sebelum menghantar mesej terakhir kepada menara kawalan.


Juruterbang itu berkata: "Baiklah, selamat malam" apabila Kawalan Trafik Udara Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam. Pengumuman mengenai kemungkinan pesawat telah dirampas oleh juruterbang menyebabkan kesemua pihak yag terlibat dalam penyelenggaraan terhadap pesawat itu sebelum berlepas kini di siasat.
Sehubungan itu satu rakaman video pemeriksaan terakhir terhadap Kapten Zaharie dan Fariq turut didedahkan. mstar

Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)

Polis menasihatkan penganjur Future Music Festival Asia 2014 supaya membatalkan acara pada Sabtu selepas lima orang meninggal dunia dengan empat lagi berada dalam keadaan kritikal kerana mengambil dadah jenis 'methamphetamine' secara berlebihan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pada Jumaat sembilan orang pengsan pada acara itu selepas mengambil dadah kira-kira pukul 1.30 pagi.


Seorang meninggal dunia di tempat kejadian di Bukit Jalil manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Kelima-limanya merupakan rakyat Malaysia berumur di antara 21 dan 28 tahun.

Empat orang lagi yang mana dua daripada mereka sedang koma, berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua hospital kata Mohmad Salleh. "Kesemua mereka didapati positi dadah dan kematian telah dikelaskan sebagai pengambilan dadah berlebihan. "Sepanjang dua hari kami telah menahan 22 orang, tiga warga asing dan tujuh penduduk tempatan berkaitan dadah. "Bagi kepentingan keselamatan awam , kami telah menasihatkan penganjur membatalkan acara pada Sabtu. Mereka yang membeli tiket perlu menghubungi pihak penganjur untuk bayaran balik," katanya. mstar

--  MH370 Sah Dirampas, Motif Sebenar Dan Lokasi Masih Disiasat - Laporan AP
--  Nora Danish Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram? (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)

Sunday, March 16, 2014

MH370 Sah Dirampas, Motif Sebenar Dan Lokasi Masih Disiasat - Laporan AP

Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.


Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan. Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu. Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. mstar

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
--  Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)

Wednesday, March 12, 2014

Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)

Kapten Norudin Abdul Majid memberikan pandangan dan ulasan yang bernas, penuh pengisian dan menginsafkan ketika diwawancara di TV3. Ramai yang kagum dan tertarik dengan apa yang diperkatakan Kapten Norudin mengenai MH370. Beliau adalah bekas Ketua Fleet B777 dan merupakan pilot pertama yang menerbangkan pesawat Boeing B777 ke Malaysia.


Kapten Zaharie Ahmad Shah pilot MH370 kawan baik Kapten Norudin. Semasa mula bertugas dengan MAS, Kapten Zaharie pernah tinggal bersama dengan Kapten Norudin. Secara peribadi Norudin sangat mengenali Zaharie dan keluarganya. Norudin menyifatkan Zaharie sangat berdedikasi, bertanggungjawab, sangat meminati penerbangan dan terlibat dengan R&D B777.

Kapten Norudin Abd Majid  sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh. Kemudian beliau dipanggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah Pilot MH370. Malah Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri. Kapten Zahrie juga dilaporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.

Antara kata-kata Kapten Norudin yang menusuk kalbu orang ramai,
"Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.”

“Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”Di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula". sumber facebook

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)

Tuesday, March 11, 2014

Gambar Dua Penyamar Pasport Curi Naik MH370 Iranian

Polis antarabangsa (Interpol) telah mengenal pasti suspek kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sebagai Delavar Syed Mohammad Reza, 30, seorang warganegara Iran, tetapi berkata kedua-duanya "mungkin bukan pengganas".


Setiausaha Agung Organisasi Polis Antarabangsa Richard K. Noble berkata kata Delavar dan suspek pertama yang juga warganegara Iran, Pouri Nour Mohammadi sebelum ini dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terbang dari Doha ke Kuala Lumpur dengan pasport Iran pada 28 Februari.

Bercakap pada sidang akhbar di Lyon, beliau berkata, mereka kemudian menggunakan pasport warganegara Austria dan Itali yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 itu. Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan bahawa kedua-dua mereka itu adalah pengganas adalah kecil. "Terdapat spekulasi mengenai sama ada dan betul atau tidak ini merupakan serangan pengganas. "Dalam tempoh 24 jam yang lepas anda melihat perubahan cerita, tetapi ia menjadi lebih pasti bahawa individu-individu itu mungkin bukan pengganas," katanya. mstar

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
--  Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)

Monday, March 10, 2014

Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)

Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut 'diterbangkan' di rumahnya.


Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau. Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar. Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya. Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan. sinarharian

--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
--  Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)

Luigi Maraldi Pemilik Pasport Dicuri Naik MH370 Masih Di Thailand (Gambar)

Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

"Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku. "Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu," katanya. Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan. Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali.

Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol). Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370. Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa. Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012. mstar

--  Dua Orang Menyamar Naik Pesawat MH370 Guna Pasport Orang Lain
--  Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Dua Orang Menyamar Naik Pesawat MH370 Guna Pasport Orang Lain

Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.


Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.

Sunday, March 9, 2014

Isteri Dan Anak Pengerusi Kumpulan Modal Perdana Dan Bekas CEO Celcom Antara Penumpang MH370

Isteri dan anak pengerusi Kumpulan Modal Perdana, Datuk Mohamed Ramli Abbas merupakan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi Sabtu.


Adik ipar Mohamed Ramli, Salmy Hashim berkata, isteri bekas Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datin Biby Nazli Mohd Hassim bersama dua anak perempuan mereka Maria dan Dina telah menaiki pesawat itu untuk bercuti ke Beijing.

Senarai Nama Penumpang MH370 Dan Kru 239 Orang

Malaysia Airlines pada Sabtu menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang semasa penerbangan menuju Beijing. Ia mengandungi nama, kewarganegaraan dan umur. Berikut ialah senarai penumpang penerbangan:


1. An/Wenlan, China, 65
2. Bao/Yuanhua, China, 63
3. Bai/Xiaomo, Kanada, 37
4. Bian/Maoqin, China, 67
5. Bian/Liangjing, China, 27
6. Bibynazli/MohdHassim, Malaysia, 62

MH370 Hilang, Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam

Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.


Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi. Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi. mstar

--  Dua Orang Menyamar Naik Pesawat MH370 Guna Pasport Orang Lain
--  Pesawat MAS MH370 KL Ke Beijing Hilang Putus Radar Di Vietnam Bersama 227 Penumpang
--  Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga
--  Izan Suhaila Dan Bayinya Maryam Sofea Diterbangkan Dari Vietnam Dengan MAS
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana 

Saturday, March 8, 2014

Pesawat MAS MH370 KL Ke Beijing Hilang Putus Radar Di Vietnam Bersama 227 Penumpang

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.


MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.

Sementara itu, 'Reuters' melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua. Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya.

MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat. Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa. Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut. mstar

--  Dua Orang Menyamar Naik Pesawat MH370 Guna Pasport Orang Lain
--  MH370 Hilang, Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam
--  Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
--  Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulai Pinang 2 Maut 1 Jatuh Ke Laut
--  Gambar Helikopter Bomba Terhempas Di Lanchang Pahang
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara

Biarpun masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, Sabtu.


Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah kira-kira pukul 10.30 pagi. Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin. Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Malam Berinai Puteri Sarah Buat Solat Hajat Untuk Syamsul Yusof (Gambar)

Menjelang pernikahan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah esok, aktres cantik ini telah mengadakan majlis berinai dan solat hajat untuk bakal suaminya itu.

Difahamkan, kedua-dua majlis tersebut diadakan semalam selepas waktu Maghrib bertempat di kediaman Sarah dengan dihadiri oleh rakan-rakan terdekat. Meski majlis persandingan terpaksa ditunda, Sarah sedikit pun tidak rasa kecewa.

Bagi gadis berusia 29 tahun itu, apa yang penting dan utama adalah majlis akad nikah. Dan selepas Syamsul sembuh barulah mereka akan mencari tarikh yang sesuai untuk majlis persandingan di sebelah pihaknya. Apa yang pasti juga, majlis persandingan tetap akan diadakan di lokasi sama dalam bulan ini iaitu di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam iaitu sebelum majlis resepsi sebelah pengantin lelaki. mediahiburan

Anwar Ibrahim Dihukum Penjara 5 Tahun Liwat Saiful Bukhari (Gambar)

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lepas.


Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga anggota mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000. Hakim Balia memerintahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membayar jaminan itu Isnin ini sebelum 11 pagi.

Friday, March 7, 2014

Syamsul Demam Denggi Dalam Keadaaan Tidak Konsisten, Mungkin Tunda Nikah Puteri Sarah

Kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung. Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap demam denggi.


Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof Haslam memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten. “Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih. “Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak,” ujarnya.

Thursday, March 6, 2014

Buku Ultraman The Ultra Power Dilarang Penerbitan Ada Unsur Mungkin Mudaratkan Ketenteraman Awam - KDN

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.


Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. bernama

--  Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang Cubaan Bunuh Diri (Gambar)
--  Hanez Suraya Tak Takut Balasan Isu Rampas Suami Orang (Gambar)
--  Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)

Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya mengaku di mahkamah bahawa dia, pada suatu ketika telah memukul anak sulungnya, Ammar yang mengamuk seperti tidak sedarkan diri.


Shalwati Nurshal menjelaskan pada hari dia memukul Ammar, Ammar berada dalam 'mood' yang teruk selepas bergaduh dengan kakaknya, Aishah dan dia telah bertindak menyebelahi Aishah. Dia menceritakan kejadian itu selepas pendakwa raya Anna Arnell bertanya tentang Shalwati yang telah memukul Ammar kerana menonton Youtube daripada melakukan kerja rumah bahasa Perancisnya.

Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang Cubaan Bunuh Diri (Gambar)

Baru sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu. Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri.


Dia dikatakan telah melompat dari jambatan dari arah Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang. Bagaimanapun dia yang dikatakan terapung di laut pada kedalaman 500 meter di KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu berjaya diselamatkan oleh nelayan yang lalu di kawasan tersebut. Polis tiba tidak lama kemudian dan dia dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban.

Dia kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145. mstar

--  Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Aishah Azizul Sweden (Gambar)
--  Nak Terjun Jambatan Pulau Pinang, Putus Cinta (Gambar)
--  Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulau Pinang
--  Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar) 

Wednesday, March 5, 2014

Syamsul Yusof Nikah Di Hospital Jika Masih Ditahan Wad Suspek Demam Denggi

Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, selepas disyaki menghidap demam denggi. Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.


"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. "Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi," katanya. Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Al Quran Dalam Mangkuk Tandas, Dibuang Di Tangga Masjid Limbongan Terengganu (Gambar)

Penduduk di Kampung Limbongan dan sekitarnya gempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah al-Quran dan kitab hari ini. Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.


Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas tetapi segera diselamatkan, menurut anggota Skim Ronda Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Limbongan yang menyedari kejadian itu ketika membuat rondaan di masjid berkenaan pada 2.30 pagi.

Mereka mendapati naskhah al-Quran, kitab-kitab dan surah Yaasin berselerak di dalam dan persekitaran majid berkenaan. Mereka kemudian membuat laporan polis. Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu. Beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi. Perkara itu sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu, katanya. sinarharian

--  Budak 5 Tahun Mati Makan Lauk Pasar Malam
--  Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga
--  Ammar Dipukul Bapanya - Nicolai Mikkelsen Di Sweden (Gambar)
--  Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah

Tuesday, March 4, 2014

Saya Pukul Anak Untuk Disiplinkan Mereka, Bukan Cederakan - Azizul Di Sweden (Gambar)

Azizul Raheem Awalluddin, yang didakwa kerana memukul anaknya memberitahu mahkamah di Sweden bahawa tindakan itu bagi mendisiplinkan anak-anaknya tetapi tidak pernah mencederakan mereka. Azizul berkata, dia memukul anak-anaknya kira-kira dua sehingga tiga kali dalam setahun sebelumnya ketika keluarganya masih berada di Malaysia dan Afrika.


Azizul, yang merupakan pengarah Tourism Malaysia berpangkalan di sini sedang menjalani perbicaraan bagi hari ketujuh di mahkamah daerah Solna. "Tujuannya adalah untuk membuatkan mereka (anak-anak) faham apa yang mereka lakukan itu adalah salah, bukan untuk menyeksakan atau mahu menyakitkan mereka," kata Azizul ketika ditanya mengapa dia memukul anak-anaknya.

Budak 5 Tahun Mati Makan Lauk Pasar Malam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di Kuala Terengganu, Sabtu lepas. Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi. Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.

Monday, March 3, 2014

Kemalangan Pertama Di Jambatan Kedua Pulau Pinang (Gambar)

Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.


“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. “Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya. sinarharian

--  Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
--  Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)
--  Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulai Pinang 2 Maut 1 Jatuh Ke Laut
--  Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)

Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)

Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung. Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.


"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak. "Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," katanya. Zain berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang diberi oleh Rozita bersempena dengan hari lahirnya 23 Februari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai hadiah yang diterimanya sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah. "Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. mstar

--  Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
--  Ammar Dipukul Bapanya - Nicolai Mikkelsen Di Sweden (Gambar)
--  Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya
--  Ariana Rose Popularkan Fathia Dan Keith Foo (Gambar)