ad ld

Sunday, October 3, 2010

Dirempuh Dari Belakang, Dihentak Topi Keledar

KUANTAN - Seorang kerani, Wan Noresah Mat Isa, 24, ditemani anaknya, Danish Rayyan Izuawan Rafiwel,1, menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan, kepala, muka dan tengkuk selepas diragut seorang lelaki pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Balang.


Mangsa yang ketika itu menunggang motosikal dirempuh dari belakang oleh suspek sehingga terjatuh dan kemudiannya dipukul di bahagian muka dengan topi keledar dan kemudiannya melarikan diri dengan mengambil dompet dan telefon bimbit miliknya. Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian. - mstar

1 comment:

sarah-najwan said...

heeee..takut skrg..SIL saya pom ade pglaman gini..mat ragut tu main tendang motor dan sentap beg mcm tu aje...cedera parah jgk..berurut sakan my SIL..

minta dijauhkan..